Friday, 16 December 2016

Bagaimanakah kerajaan merealisasikan pengagihan kekayaan secara adil

Terdapat beberapa langkah yang positif untuk mengembangkan kekayaan kepada orang ramai telah diambil seperti kewajipan Zakat, sedekah dan peruntukan bantuan kepada orang-orang yang miskin dari pendapatan negara. Islam memberi hak dan semangat kepada individu untuk memiliki harta di samping memberi peringatan supaya mereka menggunakan sumber-sumber yang mereka warisi dengan cara terbaik.

Orang-orang Islam diingatkan supaya tidak membataskan kekayaan untuk diri mereka sahaja. Selepas memenuhi keperluan mereka secara sederhana, mereka perlu menunaikan tanggungjawab terhadap saudara mara, jiran dan orang lain yang memerlukan dalam masyarakat. Ini menunjukkan adanya perkhidmatan sosial dan pendidikan moral dalam pemilikan kekayaan. Untuk mencapai objektif agihan pendapatan yang lebih adil, Islam menggariskan langkah undang-undang, dan langkah positif tertentu yang meliputi berbagai cadangan untuk memperbaiki pengagihan semula pendapatan. . Pertama, Langkah undang-undang: langkah-langkah positif dalam pengagihan pendapatan yang adil.

Langkah-langkah positif dibuat bertujuan untuk menghalang pemusatan kekayaan dan untuk membantu mengembangkan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. Alat-alat yang digunakan ialah:
i) Zakat
Ia merupakan bayaran yang wajib di pungut daripada orang-orang Islam yang kaya untuk dibelanjakan terhadap orang-orang miskin. Menurut ahli fiqh, Zakat adalah sumbangan kewangan yang diwajibkan kepada setiap orang Islam yang memiliki harta melebihi jumlah dan tempoh tertentu. Ini dapat mengembangkan kekayaan kepada setiap anggota masyarakat

ii) Baitulmal
Baitulmal menguruskan kutipan harta zakat, wakaf, harta si mati yang tiada waris dan mengembangkan harta tersebut ke jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Peranan yang dimainkan oleh Baitulmal ialah mengagihkan harta yang dikumpulkan kepada pihak yang tertentu dan digunakan untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan negara.
Selain itu, pemberian subsidi adalah kaedah terbaik kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negara, sekali gus dapat membantu meringankan beban rakyat.  Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulangkan semula hasil kekayaan negara kepada rakyat yang menjadi tulang belakang dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Kerajaan telah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar-dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar-dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan. Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

Selain itu, dasar lain dalam aspek ekonomi yang telah diperkenalkan kerajaan dalam usaha memperbaiki ekonomi serta mengekalkan perpaduan ialah Dasar Wawasan Negara. Dasar ini merupakan gabungan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dan ia merujuk kepada cabaran strategi Wawasan 2020. Objektif dasar ini ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan Bandar dan pendalaman tanpa mengira kaum, kumpulan, suku kaum minoriti bumiputera di Sabah, Sarawak dan orang asli serta menyusun semula masyarakat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan.


Monday, 12 December 2016

REFLEKSI INDIVIDU

NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
Pada hari ini perkara yang saya belajar ialah mengenai nilai-nilai kemanusiaan iaitu al-Ilm, al-Syura, al-‘Adalah, al-Hurriyyah, al-Musawah, dan al-Mas’uliyyah. Di sini saya ingin fokuskan nilai al-Mas’uliyyah yang bererti tanggungjawab. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan dan kemudian akan disoal di hadapan Allah SWT di padang mahsyar kelak.
Dengan ini, saya berazam untuk tidak leka dan lalai dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Tanggungjawab yang telah diberikan hendaklah dijalankan dengan amanah agar tidak diseksa di akhirat kelak.

NURASHIDAH BINTI ROSLI
Pada minggu ini saya belajar tentang asas hubungan etnik. Antara nya ialah altaaruf ( kenal-kenalan), al tafahum (kenal dan faham secara mendalam), al-taawun ( kerjasama dan bantu-membantu), al tadamun (jamin-menjamin). Oleh itu saya berazam untuk saling mengenali antara satu sama lain dan saling membantu masyarakat yang dalam kesusahan agar dapat menghidupkan suasana ceria dan aman dalam masyarakat.

NORIZZATI BINTI SAMURI
Pada hari ini saya telah mempelajari  bahawa  Nabi Muhammad SAW membawa rahmat pada sekalian alam. Antaranya Islam melindungi hak-hak wanita dan kanak-kanak. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, wanita dianggap hina dan dijadikan hamba. Masyarakat Arab jahiliyyah menganggap kelahiran anak perempuan sebagai satu bala. Namun, setelah Islam datang, wanita dihormati dan dibela. Islam mengangkat wanita di tempat yang tinggi dan dihirmati. Begitu juga, binatang dan tumbuh-tumbuhan, Islam melarang manusia menyeksa binatang dan memusnahkan alam sekitar sewenag-wenangnya.
Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim kerana Allah memuliakan kita dengan Islam

NOR LAILA BINTI MAT ISA
Pada hari ini saya telah mempelajari kepentingan kita sebagai orang Melayu untuk menjaga segala kelebihan yang ada dan mengekalkan kesinambungan yang Melayu tidak pupus ditelan zaman. Maka dengan itu, saya berazam untuk menjadi salah seorang bangsa Melayu yang dapat menyumbang kembali kepada masyarakat sama ada tenaga dan masa untuk kebaikan generasi akan datang

SAKINAH BINTI ISHAK
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang sirah Rasulullah dan Salafussoleh dalam Syura atau lebih dikenali sebagai musyawarah. Ketika zaman nabi lagi kaedah ini digunakan untuk membuat sesuatu keputusan kerana dengan cara ini semua rancangan dapat dijalankan dengan baik dan sistematik. Syura ini juga dijalankan sehinggalah ke hari ini kerana ianya sangat berkesan dalam sesuatu perancangan. Maka dengan ini, saya berazam untuk menghadiri mesyuarat atau kerja berkumpulan untuk mendapatkan tugasan yang sempurna.

NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
Pada sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari mengenai sirah Rasulullah SAW dan Salafussoleh dalam ilmu, syura, adalah, huriyah, musawah, dan masuliyyah dalam konteks ummah. Saya fokuskan sirah Rasulullah SAW dalam konteks syura. Saya mempelajarai bahawa Rasulullah amat mengambil berat mengenai kepentingan melakukan syura dalam membuat keputusan. Baginda melibatkan pandangan para sahabat dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, syura lebih meluas dipraktikkan pada zaman selepas kewafatan baginda.

Oleh itu saya berazam untuk cuba mengaplikasikan sirah-sirah yang telah saya pelajari pada minggu ini disamping cuba menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW di kalangan masyarakat kita.

REFLEKSI INDIVIDU

NORLAILA BINTI MAT ISA
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa politik yang stabil dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan di negara kita. Ini kerana, pada masa kini ramai rakyat memilih untuk melakukan demostrasi jalanan berbanding untuk berbincang terlebih dahulu dengan pemimpin mereka. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak menyertai mana-mana demostrasi jalanan yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat keamanan dan kestabilan negara kini ini.
NORRIZATI BINTI SAMURI
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa untuk menjadi warganegara yang baik,kita perlu menjadi insan yang baik. Islam juga menuntut kita untuk menjadi insan yang baik agar kemajuan Negara seiring dengan kemajuan insaniah. Tidak seperti Negara Barat yang lain yang hanya maju dari segi ekonomi tetapi mundur dari segi pembangunan insaniah. Maka dengan itu saya berazam untuk menjadi seorang insan yang baik.
NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
Pada hari ini perkara yang saya belajar ialah mengenai negara bangsa, demokrasi dan kestabilan politik. Negara bangsa ialah sekelompok manusia yang tinggal di satu kawasan yang sama dan mempunyai identiti bersama. Manakala demokrasi pula merupakan hak rakyat dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuas hatian. Kestabilan politik negara ini pula berada di tahap yang stabil kerana masih mempunyai peluang untuk belajar dan diberikan kemudahan yang pelbagai.
Dengan ini, saya berazam untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada dan belajar bersungguh-sungguh untuk melakar masa depan yang cemerlang.

SAKINAH BINTI ISHAK
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang politik Negara yang menggunakan konsep demokrasi di Malaysia iaitu rakyat mendapat hak bersuara tanpa halangan dan rakyat tidak perlu membuat rusuhan untuk mendapatkan apa yang diingini. Dengan itu, saya berazam untuk tidak memburukkan nama mana-mana parti politik dan memilih parti politik yang benar dan layak agar keadaan Negara aman dan berkembang tanpa pergaduhan.

NURASHIDAH BINTI ROSLI
Pada hari ini saya mempelajari tentang institusi kesultanan. Pemilihan pemimpin adalah mengikut sultan siapa yang benar dan layak. Dalam konsep demokrasi pula,pemilihan pemimpin berdasarkan majoriti dalam pilihan raya yang dipilih oleh rakyat. Daulat bermaksud raja mempunyai kuasa. Kalau kita derhaka kepada raja, kita boleh terkena tulah . raja adalah bayangan Allah di bumi.
Oleh itu saya berazam untuk mentaati dan menghormati segala perintah Raja .

NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
Pada sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari maksud negara bangsa dan demokrasi. Saya juga telah mempelajari peranan semua pihak dalam menjaga kestabilan politik untuk sesebuah negara. Ianya terdiri daripada pemimpin dan rakyat. Selain itu, minda saya telah terbuka mengenai kepentingan institusi beraja dan kekuatannya dalam menjaga kepentingan melayu.

Oleh itu saya berazam untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dalam menjaga kestabilan politik di Malaysia supaya kita dapat hidup dalam harmoni.