NORLAILA
BINTI MAT ISA
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa politik
yang stabil dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan di negara kita. Ini
kerana, pada masa kini ramai rakyat memilih untuk melakukan demostrasi jalanan
berbanding untuk berbincang terlebih dahulu dengan pemimpin mereka. Maka dengan
itu, saya berazam untuk tidak menyertai mana-mana demostrasi jalanan yang
dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat keamanan dan
kestabilan negara kini ini.
NORRIZATI BINTI SAMURI
Pada
hari ini saya telah mempelajari bahawa untuk menjadi warganegara yang baik,kita
perlu menjadi insan yang baik. Islam juga menuntut kita untuk menjadi insan
yang baik agar kemajuan Negara seiring dengan kemajuan insaniah. Tidak seperti
Negara Barat yang lain yang hanya maju dari segi ekonomi tetapi mundur dari
segi pembangunan insaniah. Maka dengan itu saya berazam untuk menjadi seorang
insan yang baik.
NADHIRAH
BINTI KAMARUZZAMAN
Pada
hari ini perkara yang saya belajar ialah mengenai negara bangsa, demokrasi dan
kestabilan politik. Negara bangsa ialah sekelompok manusia yang tinggal di satu
kawasan yang sama dan mempunyai identiti bersama. Manakala demokrasi pula
merupakan hak rakyat dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuas hatian.
Kestabilan politik negara ini pula berada di tahap yang stabil kerana masih
mempunyai peluang untuk belajar dan diberikan kemudahan yang pelbagai.
Dengan
ini, saya berazam untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada dan belajar
bersungguh-sungguh untuk melakar masa depan yang cemerlang.
SAKINAH
BINTI ISHAK
Pada
hari ini saya telah mempelajari tentang politik Negara yang menggunakan konsep
demokrasi di Malaysia iaitu rakyat mendapat hak bersuara tanpa halangan dan
rakyat tidak perlu membuat rusuhan untuk mendapatkan apa yang diingini. Dengan
itu, saya berazam untuk tidak memburukkan nama mana-mana parti politik dan
memilih parti politik yang benar dan layak agar keadaan Negara aman dan
berkembang tanpa pergaduhan.
NURASHIDAH
BINTI ROSLI
Pada
hari ini saya mempelajari tentang institusi kesultanan. Pemilihan pemimpin
adalah mengikut sultan siapa yang benar dan layak. Dalam konsep demokrasi
pula,pemilihan pemimpin berdasarkan majoriti dalam pilihan raya yang dipilih
oleh rakyat. Daulat bermaksud raja mempunyai kuasa. Kalau kita derhaka kepada
raja, kita boleh terkena tulah . raja adalah bayangan Allah di bumi.
Oleh
itu saya berazam untuk mentaati dan menghormati segala perintah Raja .
NURUL
AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
Pada
sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari maksud negara bangsa dan
demokrasi. Saya juga telah mempelajari peranan semua pihak dalam menjaga
kestabilan politik untuk sesebuah negara. Ianya terdiri daripada pemimpin dan
rakyat. Selain itu, minda saya telah terbuka mengenai kepentingan institusi
beraja dan kekuatannya dalam menjaga kepentingan melayu.
Oleh
itu saya berazam untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia
yang prihatin dalam menjaga kestabilan politik di Malaysia supaya kita dapat
hidup dalam harmoni.
No comments:
Post a Comment