Terdapat
beberapa langkah yang positif untuk mengembangkan kekayaan kepada orang ramai
telah diambil seperti kewajipan Zakat, sedekah dan peruntukan bantuan kepada
orang-orang yang miskin dari pendapatan negara. Islam memberi hak dan semangat
kepada individu untuk memiliki harta di samping memberi peringatan supaya
mereka menggunakan sumber-sumber yang mereka warisi dengan cara terbaik.
Orang-orang
Islam diingatkan supaya tidak membataskan kekayaan untuk diri mereka sahaja.
Selepas memenuhi keperluan mereka secara sederhana, mereka perlu menunaikan
tanggungjawab terhadap saudara mara, jiran dan orang lain yang memerlukan dalam
masyarakat. Ini menunjukkan adanya perkhidmatan sosial dan pendidikan moral
dalam pemilikan kekayaan. Untuk mencapai objektif agihan pendapatan yang lebih
adil, Islam menggariskan langkah undang-undang, dan langkah positif tertentu
yang meliputi berbagai cadangan untuk memperbaiki pengagihan semula pendapatan.
. Pertama, Langkah undang-undang:
langkah-langkah positif dalam pengagihan pendapatan yang adil.
Langkah-langkah positif dibuat bertujuan untuk menghalang pemusatan kekayaan dan untuk membantu mengembangkan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. Alat-alat yang digunakan ialah:
i) Zakat
Ia merupakan bayaran yang wajib di pungut daripada orang-orang Islam yang kaya untuk dibelanjakan terhadap orang-orang miskin. Menurut ahli fiqh, Zakat adalah sumbangan kewangan yang diwajibkan kepada setiap orang Islam yang memiliki harta melebihi jumlah dan tempoh tertentu. Ini dapat mengembangkan kekayaan kepada setiap anggota masyarakat
Langkah-langkah positif dibuat bertujuan untuk menghalang pemusatan kekayaan dan untuk membantu mengembangkan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. Alat-alat yang digunakan ialah:
i) Zakat
Ia merupakan bayaran yang wajib di pungut daripada orang-orang Islam yang kaya untuk dibelanjakan terhadap orang-orang miskin. Menurut ahli fiqh, Zakat adalah sumbangan kewangan yang diwajibkan kepada setiap orang Islam yang memiliki harta melebihi jumlah dan tempoh tertentu. Ini dapat mengembangkan kekayaan kepada setiap anggota masyarakat
ii) Baitulmal
Baitulmal menguruskan kutipan harta zakat,
wakaf, harta si mati yang tiada waris dan mengembangkan harta tersebut ke jalan
yang dibenarkan oleh Syariah. Peranan yang dimainkan oleh Baitulmal ialah
mengagihkan harta yang dikumpulkan kepada pihak yang tertentu dan digunakan
untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan negara.
Selain itu, pemberian subsidi adalah kaedah
terbaik kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negara, sekali gus dapat membantu
meringankan beban rakyat. Menjadi
tanggungjawab kerajaan untuk memulangkan semula hasil kekayaan negara kepada
rakyat yang menjadi tulang belakang dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan telah mengambil langkah dengan
mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan
ekonomi negara. Dasar-dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang
seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih
sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini
diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf
hidup rakyatnya. Dasar-dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan
semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan
yang lebih membanggakan. Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi
mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam
kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan
ekonomi negara.
Selain itu, dasar lain dalam aspek ekonomi yang
telah diperkenalkan kerajaan dalam usaha memperbaiki ekonomi serta mengekalkan
perpaduan ialah Dasar Wawasan Negara. Dasar ini merupakan gabungan Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dan ia merujuk kepada cabaran
strategi Wawasan 2020. Objektif dasar ini ialah membasmi kemiskinan dalam
kalangan kelompok kecil miskin di kawasan Bandar dan pendalaman tanpa mengira
kaum, kumpulan, suku kaum minoriti bumiputera di Sabah, Sarawak dan orang asli
serta menyusun semula masyarakat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan masyarakat
yang saksama melalui pembasmian kemiskinan.
No comments:
Post a Comment