NADHIRAH
BINTI KAMARUZZAMAN
Pada
hari ini perkara yang saya belajar ialah mengenai nilai-nilai kemanusiaan iaitu
al-Ilm, al-Syura, al-‘Adalah, al-Hurriyyah, al-Musawah, dan al-Mas’uliyyah. Di
sini saya ingin fokuskan nilai al-Mas’uliyyah yang bererti tanggungjawab.
Setiap manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan
dan kemudian akan disoal di hadapan Allah SWT di padang mahsyar kelak.
Dengan
ini, saya berazam untuk tidak leka dan lalai dengan perkara yang tidak
mendatangkan faedah. Tanggungjawab yang telah diberikan hendaklah dijalankan
dengan amanah agar tidak diseksa di akhirat kelak.
NURASHIDAH
BINTI ROSLI
Pada
minggu ini saya belajar tentang asas hubungan etnik. Antara nya ialah altaaruf
( kenal-kenalan), al tafahum (kenal dan faham secara mendalam), al-taawun (
kerjasama dan bantu-membantu), al tadamun (jamin-menjamin). Oleh itu saya
berazam untuk saling mengenali antara satu sama lain dan saling membantu
masyarakat yang dalam kesusahan agar dapat menghidupkan suasana ceria dan aman
dalam masyarakat.
NORIZZATI
BINTI SAMURI
Pada
hari ini saya telah mempelajari
bahawa Nabi Muhammad SAW membawa
rahmat pada sekalian alam. Antaranya Islam melindungi hak-hak wanita dan
kanak-kanak. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, wanita dianggap hina dan
dijadikan hamba. Masyarakat Arab jahiliyyah menganggap kelahiran anak perempuan
sebagai satu bala. Namun, setelah Islam datang, wanita dihormati dan dibela.
Islam mengangkat wanita di tempat yang tinggi dan dihirmati. Begitu juga, binatang
dan tumbuh-tumbuhan, Islam melarang manusia menyeksa binatang dan memusnahkan
alam sekitar sewenag-wenangnya.
Maka
dengan itu, saya berazam untuk sentiasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai
seorang muslim kerana Allah memuliakan kita dengan Islam
NOR
LAILA BINTI MAT ISA
Pada
hari ini saya telah mempelajari kepentingan kita sebagai orang Melayu untuk
menjaga segala kelebihan yang ada dan mengekalkan kesinambungan yang Melayu
tidak pupus ditelan zaman. Maka dengan itu, saya berazam untuk menjadi salah seorang
bangsa Melayu yang dapat menyumbang kembali kepada masyarakat sama ada tenaga
dan masa untuk kebaikan generasi akan datang
SAKINAH
BINTI ISHAK
Pada
hari ini saya telah mempelajari tentang sirah Rasulullah dan Salafussoleh dalam
Syura atau lebih dikenali sebagai musyawarah. Ketika zaman nabi lagi kaedah ini
digunakan untuk membuat sesuatu keputusan kerana dengan cara ini semua
rancangan dapat dijalankan dengan baik dan sistematik. Syura ini juga
dijalankan sehinggalah ke hari ini kerana ianya sangat berkesan dalam sesuatu
perancangan. Maka dengan ini, saya berazam untuk menghadiri mesyuarat atau
kerja berkumpulan untuk mendapatkan tugasan yang sempurna.
NURUL
AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
Pada
sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari mengenai sirah Rasulullah
SAW dan Salafussoleh dalam ilmu, syura, adalah, huriyah, musawah, dan
masuliyyah dalam konteks ummah. Saya fokuskan sirah Rasulullah SAW dalam
konteks syura. Saya mempelajarai bahawa Rasulullah amat mengambil berat
mengenai kepentingan melakukan syura dalam membuat keputusan. Baginda
melibatkan pandangan para sahabat dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, syura
lebih meluas dipraktikkan pada zaman selepas kewafatan baginda.
Oleh
itu saya berazam untuk cuba mengaplikasikan sirah-sirah yang telah saya
pelajari pada minggu ini disamping cuba menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW di
kalangan masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment