Friday, 16 December 2016

Bagaimanakah kerajaan merealisasikan pengagihan kekayaan secara adil

Terdapat beberapa langkah yang positif untuk mengembangkan kekayaan kepada orang ramai telah diambil seperti kewajipan Zakat, sedekah dan peruntukan bantuan kepada orang-orang yang miskin dari pendapatan negara. Islam memberi hak dan semangat kepada individu untuk memiliki harta di samping memberi peringatan supaya mereka menggunakan sumber-sumber yang mereka warisi dengan cara terbaik.

Orang-orang Islam diingatkan supaya tidak membataskan kekayaan untuk diri mereka sahaja. Selepas memenuhi keperluan mereka secara sederhana, mereka perlu menunaikan tanggungjawab terhadap saudara mara, jiran dan orang lain yang memerlukan dalam masyarakat. Ini menunjukkan adanya perkhidmatan sosial dan pendidikan moral dalam pemilikan kekayaan. Untuk mencapai objektif agihan pendapatan yang lebih adil, Islam menggariskan langkah undang-undang, dan langkah positif tertentu yang meliputi berbagai cadangan untuk memperbaiki pengagihan semula pendapatan. . Pertama, Langkah undang-undang: langkah-langkah positif dalam pengagihan pendapatan yang adil.

Langkah-langkah positif dibuat bertujuan untuk menghalang pemusatan kekayaan dan untuk membantu mengembangkan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. Alat-alat yang digunakan ialah:
i) Zakat
Ia merupakan bayaran yang wajib di pungut daripada orang-orang Islam yang kaya untuk dibelanjakan terhadap orang-orang miskin. Menurut ahli fiqh, Zakat adalah sumbangan kewangan yang diwajibkan kepada setiap orang Islam yang memiliki harta melebihi jumlah dan tempoh tertentu. Ini dapat mengembangkan kekayaan kepada setiap anggota masyarakat

ii) Baitulmal
Baitulmal menguruskan kutipan harta zakat, wakaf, harta si mati yang tiada waris dan mengembangkan harta tersebut ke jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Peranan yang dimainkan oleh Baitulmal ialah mengagihkan harta yang dikumpulkan kepada pihak yang tertentu dan digunakan untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan negara.
Selain itu, pemberian subsidi adalah kaedah terbaik kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negara, sekali gus dapat membantu meringankan beban rakyat.  Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulangkan semula hasil kekayaan negara kepada rakyat yang menjadi tulang belakang dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Kerajaan telah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar-dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar-dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan. Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

Selain itu, dasar lain dalam aspek ekonomi yang telah diperkenalkan kerajaan dalam usaha memperbaiki ekonomi serta mengekalkan perpaduan ialah Dasar Wawasan Negara. Dasar ini merupakan gabungan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dan ia merujuk kepada cabaran strategi Wawasan 2020. Objektif dasar ini ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan Bandar dan pendalaman tanpa mengira kaum, kumpulan, suku kaum minoriti bumiputera di Sabah, Sarawak dan orang asli serta menyusun semula masyarakat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan.


Monday, 12 December 2016

REFLEKSI INDIVIDU

NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
Pada hari ini perkara yang saya belajar ialah mengenai nilai-nilai kemanusiaan iaitu al-Ilm, al-Syura, al-‘Adalah, al-Hurriyyah, al-Musawah, dan al-Mas’uliyyah. Di sini saya ingin fokuskan nilai al-Mas’uliyyah yang bererti tanggungjawab. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan dan kemudian akan disoal di hadapan Allah SWT di padang mahsyar kelak.
Dengan ini, saya berazam untuk tidak leka dan lalai dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Tanggungjawab yang telah diberikan hendaklah dijalankan dengan amanah agar tidak diseksa di akhirat kelak.

NURASHIDAH BINTI ROSLI
Pada minggu ini saya belajar tentang asas hubungan etnik. Antara nya ialah altaaruf ( kenal-kenalan), al tafahum (kenal dan faham secara mendalam), al-taawun ( kerjasama dan bantu-membantu), al tadamun (jamin-menjamin). Oleh itu saya berazam untuk saling mengenali antara satu sama lain dan saling membantu masyarakat yang dalam kesusahan agar dapat menghidupkan suasana ceria dan aman dalam masyarakat.

NORIZZATI BINTI SAMURI
Pada hari ini saya telah mempelajari  bahawa  Nabi Muhammad SAW membawa rahmat pada sekalian alam. Antaranya Islam melindungi hak-hak wanita dan kanak-kanak. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, wanita dianggap hina dan dijadikan hamba. Masyarakat Arab jahiliyyah menganggap kelahiran anak perempuan sebagai satu bala. Namun, setelah Islam datang, wanita dihormati dan dibela. Islam mengangkat wanita di tempat yang tinggi dan dihirmati. Begitu juga, binatang dan tumbuh-tumbuhan, Islam melarang manusia menyeksa binatang dan memusnahkan alam sekitar sewenag-wenangnya.
Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim kerana Allah memuliakan kita dengan Islam

NOR LAILA BINTI MAT ISA
Pada hari ini saya telah mempelajari kepentingan kita sebagai orang Melayu untuk menjaga segala kelebihan yang ada dan mengekalkan kesinambungan yang Melayu tidak pupus ditelan zaman. Maka dengan itu, saya berazam untuk menjadi salah seorang bangsa Melayu yang dapat menyumbang kembali kepada masyarakat sama ada tenaga dan masa untuk kebaikan generasi akan datang

SAKINAH BINTI ISHAK
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang sirah Rasulullah dan Salafussoleh dalam Syura atau lebih dikenali sebagai musyawarah. Ketika zaman nabi lagi kaedah ini digunakan untuk membuat sesuatu keputusan kerana dengan cara ini semua rancangan dapat dijalankan dengan baik dan sistematik. Syura ini juga dijalankan sehinggalah ke hari ini kerana ianya sangat berkesan dalam sesuatu perancangan. Maka dengan ini, saya berazam untuk menghadiri mesyuarat atau kerja berkumpulan untuk mendapatkan tugasan yang sempurna.

NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
Pada sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari mengenai sirah Rasulullah SAW dan Salafussoleh dalam ilmu, syura, adalah, huriyah, musawah, dan masuliyyah dalam konteks ummah. Saya fokuskan sirah Rasulullah SAW dalam konteks syura. Saya mempelajarai bahawa Rasulullah amat mengambil berat mengenai kepentingan melakukan syura dalam membuat keputusan. Baginda melibatkan pandangan para sahabat dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, syura lebih meluas dipraktikkan pada zaman selepas kewafatan baginda.

Oleh itu saya berazam untuk cuba mengaplikasikan sirah-sirah yang telah saya pelajari pada minggu ini disamping cuba menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW di kalangan masyarakat kita.

REFLEKSI INDIVIDU

NORLAILA BINTI MAT ISA
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa politik yang stabil dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan di negara kita. Ini kerana, pada masa kini ramai rakyat memilih untuk melakukan demostrasi jalanan berbanding untuk berbincang terlebih dahulu dengan pemimpin mereka. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak menyertai mana-mana demostrasi jalanan yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat keamanan dan kestabilan negara kini ini.
NORRIZATI BINTI SAMURI
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa untuk menjadi warganegara yang baik,kita perlu menjadi insan yang baik. Islam juga menuntut kita untuk menjadi insan yang baik agar kemajuan Negara seiring dengan kemajuan insaniah. Tidak seperti Negara Barat yang lain yang hanya maju dari segi ekonomi tetapi mundur dari segi pembangunan insaniah. Maka dengan itu saya berazam untuk menjadi seorang insan yang baik.
NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
Pada hari ini perkara yang saya belajar ialah mengenai negara bangsa, demokrasi dan kestabilan politik. Negara bangsa ialah sekelompok manusia yang tinggal di satu kawasan yang sama dan mempunyai identiti bersama. Manakala demokrasi pula merupakan hak rakyat dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuas hatian. Kestabilan politik negara ini pula berada di tahap yang stabil kerana masih mempunyai peluang untuk belajar dan diberikan kemudahan yang pelbagai.
Dengan ini, saya berazam untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada dan belajar bersungguh-sungguh untuk melakar masa depan yang cemerlang.

SAKINAH BINTI ISHAK
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang politik Negara yang menggunakan konsep demokrasi di Malaysia iaitu rakyat mendapat hak bersuara tanpa halangan dan rakyat tidak perlu membuat rusuhan untuk mendapatkan apa yang diingini. Dengan itu, saya berazam untuk tidak memburukkan nama mana-mana parti politik dan memilih parti politik yang benar dan layak agar keadaan Negara aman dan berkembang tanpa pergaduhan.

NURASHIDAH BINTI ROSLI
Pada hari ini saya mempelajari tentang institusi kesultanan. Pemilihan pemimpin adalah mengikut sultan siapa yang benar dan layak. Dalam konsep demokrasi pula,pemilihan pemimpin berdasarkan majoriti dalam pilihan raya yang dipilih oleh rakyat. Daulat bermaksud raja mempunyai kuasa. Kalau kita derhaka kepada raja, kita boleh terkena tulah . raja adalah bayangan Allah di bumi.
Oleh itu saya berazam untuk mentaati dan menghormati segala perintah Raja .

NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
Pada sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari maksud negara bangsa dan demokrasi. Saya juga telah mempelajari peranan semua pihak dalam menjaga kestabilan politik untuk sesebuah negara. Ianya terdiri daripada pemimpin dan rakyat. Selain itu, minda saya telah terbuka mengenai kepentingan institusi beraja dan kekuatannya dalam menjaga kepentingan melayu.

Oleh itu saya berazam untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dalam menjaga kestabilan politik di Malaysia supaya kita dapat hidup dalam harmoni.

Saturday, 19 November 2016

CABARAN DALAM WAWASAN 2020



Dalam wawasan 2020, terdapat 9 cabaran. Analisakan setakat mana keupayaan rakyat Malaysia menghadapi 9 cabaran tersebut.

CABARAN PERTAMA.
Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai cabaran pertama Wawasan 2020 kerana pembentukan bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020. Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun  sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. Kita juga telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang menderita akibat dilanda sengketa dan rusuhan kaum. Oleh itu Malaysia menjalankan berbagai usaha untuk menjauhkan rakyat dari bencana ini. Antaranya, Dasar Pembangunan Nasional( DPN ) telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 bagi meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB) iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara. Kedua, dasar Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang lebih terlatih bagi pembangunan negara.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masih terdapat sentiment perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia.  Sebagai contoh, di laman-laman sosial, sentiment perkauman jelas kelihatan apabila satu kaum membandingkan kaum mereka dengan yang lain. 

CABARAN KEDUA.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Pada tahun 1982, Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pandang KeTimur sebagai satu usaha mengalihkan pandangan rakyat dari terlalu membesarkan kemajuan negara Barat. Rakyat diminta supaya beralih untuk melihat kebaikan yang terdapat di negara-negara Timur seperti Jepun dan Korea. Dasar Pandang keTimur ialah usaha untuk mencari kekuatan dari nilai-nilai ketimuran termasuk nilai-nilai positif yang kita warisi dari peradaban kita sendiri. Jika kita terus bergantung kepada orang lain, selama itulah kita mudah diperhambakan. Cabaran kedua ini membuktikan bahawa Wawasan 2020 bukanlah wawasan ekonomi yang tertumpu kepada pembangunan negara perindustrian semata-mata. Ianya tetap mementingkan aspek kerohanian dan pembinaan sikap positif serta nilai-nilai murni bagi mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.
Pada hari ini, focus ekonomi Malaysia telah beralih kepada China  namun  Malaysia masih menganggap Amerika Syarikat sebagai rakan terutamanya dalam perkongsian ekonomi. Rakyat pula masih dibelenggu dengan rasa dijajah walaupun bukan dari segi fizikal tetapi dari segi mental dan ekonomi.


CABARAN  KETIGA.
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan sistem demokrasi Malaysia yang berorientasikan masyarakat dan berasaskan muafakat dan musyawarah. Sikap terbuka Kerajaan akan diteruskan tetapi Kerajaan juga tidak akan lupa akan tanggungjawab terutamanya mengenai keselamatan dan kestabilan negara. Orang asing tidak berhak menentukan apa yang baik untuk negara ini. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang berhak dan mereka boleh menyarankan pendirian mereka dengan cara yang tertib khususnya melalui proses pilihanraya yang diperuntukkanoleh Perlembagaan.
Pada tahun  2010, terdapat 4.3 juta rakyat layak mengundi tapi tidak mendaftar, kini jumlahnya berkurang kepada tiga juta. Jumlah daftar pemilih terkini ialah 13.052 juta. Peningkatan rakyat mendaftar sebagai pemilih, baik untuk proses demokrasi kerana mereka terbabit menentukan kepemimpinan tertinggi negara, menentukan perwakilan.

CABARAN KEEMPAT
Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohaniah. Sistem keluarga adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Di dalam membina masyarakat bermoral dan beretika ini kita menghadapi berbagai ancaman. Teknologi komunikasi yang canggih menyebabkan kita menerima beberapa maklumat dari luar negeri. Teknologi dan pelaburan dari luar negara mempunyai unsur-unsur yang negatif. Di dalam negeri pula ada beberapa golongan yang mengeksploitasikan pembangunan ekonomi yang pesat untuk mencari kekayaan sendiri tanpa mengambil kira kesannya kepada generasi akan datang. Di samping itu ada juga ancaman dari dalam diri setiap individu itu sendiri sehingga Islam menganggap melawan kecenderungan kepada keburukan itu sebagai jihad yang besar.

CABARAN KELIMA
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi. Masyarakat yang matang bererti masyarakat yang dapat berfikir secara rasional dan tidak emosional. Masyarakat liberal bererti masyarakat yang telah bebaskan diri dari fahaman yang sempit dan sentiasa bersedia menimbang buah fikiran yang diberikan oleh orang lain, namun haruslah tidak bertentangan dengan syariat Islam. Langkah ke arah toleransi kaum telah diambil melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Di antara strategi pelaksanaannya ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin serta menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan-pasukan beruniform. Tetapi masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia yang tidak matang dalam menyatakan pendapat mereka dan sikap toleransi yang kurang antara individu amat membimbangkan.


CABARAN KEENAM
Melahirkan masyarakat yang maju, saintifik, dan progresif. Di dalam menuju negara maju, Dato’ Seri Dr. Mahathir sentiasa menekankan bahawa perubahan sikap rakyat ialah faktor penentu berjaya atau tidaknya impian kita. Kemerdekaan yang diperolehi bukan terjamin selama-lamanya. Jika kita tidak bersedia untuk mengikuti perubahan zaman, pihak yang dahulu menjajah akan menjajah kita semua. Hanya kali ini pendekatan penjajahan adalah berbeza. Mereka tidak lagi perlu menempatkan tentera dan pentadbiran mereka untuk menakluk kita. Melalui ilmu dan kepintaran serta kekayaan, mereka dapat menguasai kita.
Sesetengah rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemajuan dan sains untuk kepentingan diri sendiri dan bukan untuk kemajuan bangsa. Mereka mengekploitasi golongan yang kurang berilmu disamping mengaut keuntungan daripadanya.

CABARAN KETUJUH
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Y.A.B. Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi sistem keluarga yang kukuh. Tujuan Wawasan 2020 ialah kemajuan material yang diimbangi dengan pembangunan rohani serta pengekalan nilai-nilai murni kita. Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang berperibadi. Tanpa jiwa penyayang kita akan mengulangi kesalahan negara maju yang mengalami keruntuhan moral. Golongan remaja adalah golongan terpenting di dalam konteks Wawasan 2020 kerana golongan inilah yang akan menyaksikan Wawasan ini menjadi kenyataan.
Malangnya pada masa ini terdapat berbagai-bagai masalah sosial yang melanda kaum remaja. Gejala-gejala sosial seperti penagihan dadah, melepak, ponteng sekolah dan berbagai jenayah juvana adalah amat membimbangkan. Masalah ini perlu diatasi kerana ia boleh menggagalkan cita-cita Wawasan 2020.Gejala-gejala ini tidak akan berleluasa jika telah wujud budaya penyayang di dalam masyarakat kita.

CABARAN KELAPAN
Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Keadaan ekonomi yang baik akan dapat membangunkan kesejahteraan dan kebajikan yang lain. Sejak merdeka negara kita telah menjalankan berbagai program dan rancangan untuk meninggikan taraf ekonomi rakyat. Berbagai projek telah dilaksanakan seperti Rancangan Pembangunan Luar Bandar, berbagai rancangan penerokaan tanah hinggalah ke Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Program-program pembangunan ekonomi dijalankan dengan tujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Ketidakadilan dalam ekonomi pada masa kini telah membebankan rakyat malah mulai membunuh mereka secara perlahan.

 CABARAN KESEMBILAN
Cabaran kesembilan Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat makmur. Masyarakat makmur bererti rakyat menikmati hidup yang serba serbi mencukupi dan mampu menikmati taraf hidup yang baik. Sejak Rancangan Malaysia Pertama hinggalah sekarang, tumpuan diberikan kepada rancangan membasmi kemiskinan. Dr. Mahathir mempunyai pandangan yang positif. Di dalam perutusan khas menyambut tahun baru 1992, beliau berkata, “Dalam masa 34 tahun kita telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita yang dianggap sebagai ukuran pembangunan, sebanyak hampir sembilan kali ganda. Untuk Wawasan 2020 kita perlu tingkatkan pendapatan per kapita sebanyak lapan kali ganda dalam 30 tahun. Dengan rekod ini matlamat bukan mustahil.”

Namun realitinya sekarang,  sehingga bulan Januari 2016 dicacatkan kadar pengangguran di Malaysia sudah pun mencecah 3.3 peratus. Naik 0.1 peratus daripada bulan sebelumnya. Seramai 200,000 siswazah menganggur di Malaysia.Pada  tahun 2015, telah mencatatkan sejumlah 26,000 telah diberhentikan kerja. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF)  menjangkakan pada tahun 2016, lebih ramai lagi pekerja akan dibuang dan diberhentikan majikan masing-masing.

Sunday, 6 November 2016

REFLEKSI INDIVIDU

NURASHIDAH BINTI ROSLI

Pada hari ini saya telah belajar tentang konsep pembangunan Islam dan konsep pembangunan ekonomi Barat. Pembangunan Islam fokus kepada pembangunan insan iaitu roh dan pembangunan rohani. Barat pula fokus kepada transformasi kemodenan yang dirancang. Sebagai contoh teori evolusi Charles Darwin . Barat menganggap sesuatu yang baik itu mesti berubah . semakin berubah semakin baik iaitu baik dari segi material. Dalam Islam pula Rasulullah berkata sebaik baik zaman adalah zaman ku iaitu terbaik dari segi keimanan dan akhlak. Oleh itu, kita boleh menerima kemodenan barat tetapi dalam masa yang sama perlu meningkatkan keimanan dan dan rohani yang kuat agar tidak menyalahgunakan kemodenan dari segi teknologi ke arah kemungkaran.

Oleh itu saya berazam untuk menggunakan teknologi yang ada pada hari ini seperti komputer, media sosial ke arah kebaikan seperti menyebarkan dakwah dan maklumat yang betul dan benar.
 
SAKINAH BINTI ISHAK


Pada hari ini perkara yang saya belajar ialah undang-undang jenayah dalam Islam. Terdapat 3 jenis hukuman iaitu qisas dan diyat,hudud, dan ta’zir. Hukuman qisas dan diyat adalah disebabkan oleh kecederaan nyawa dan merupakan hak individu bukan pemerintah. Hukuman hudud (hak Allah) pula dikenakan terhadap kesalahan zina,mencuri, minum arak, dan kazaf. Manakal, hukuman ta’zir dikenakan apabila pelaku tidak disabit kesalahan yang dituduh dan sekaligus menjadi hak pemerintah untuk menentukan hukuman.

Dengan ini, saya berazam untuk tidak melakukan jenayah dari sudut Islam mahupun bukan Islam dan membaiki diri untuk lebih menghargai nikmat-nikmat yang telah dikurniakan.


NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN


Pada hari ini perkara yang saya belajar ialah undang-undang jenayah dalam Islam. Terdapat 3 jenis hukuman iaitu qisas dan diyat,hudud, dan ta’zir. Hukuman qisas dan diyat adalah disebabkan oleh kecederaan nyawa dan merupakan hak individu bukan pemerintah. Hukuman hudud (hak Allah) pula dikenakan terhadap kesalahan zina,mencuri, minum arak, dan kazaf. Manakal, hukuman ta’zir dikenakan apabila pelaku tidak disabit kesalahan yang dituduh dan sekaligus menjadi hak pemerintah untuk menentukan hukuman.

Dengan ini, saya berazam untuk tidak melakukan jenayah dari sudut Islam mahupun bukan Islam dan membaiki diri untuk lebih menghargai nikmat-nikmat yang telah dikurniakan.


NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN


Pada 1/11/2016, saya telah mempelajari banyak perkara berkenaan konsep pembangunan dari perspektif Islam dan Barat. Pembangunan Islam memfokuskan kepada pembangunan insan manakala pembangunan dari perspektif barat bula memfokuskan tranformasi sesuatu bangsa.
Ekonomi pula terbahagi kepada teknologi, pertanian, urbanisasi dan industrialisasi. Tujuan ekonomi pula dalah bagi meningkatkan pendapatan sosial, tahap pendidikan dan peluang pekerjaan yang secara keseluruhannya memfokuskan tentang pulangan kepada rakyat. 

Saya berazam untuk memanfaatkan apa yang saya telah dan bakal pelajari bagi meningkatkan pendapatan ekonomi terutamanya bagi bangsa melayu dan bumiputera. Ini supaya orang-orang melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain yang pada masa ini yang menguasai ekonomi Malaysia.


IZZATI BINTI SAMURI



Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa pembangunan Islam lebih memfokuskan kepada pembangunan insan manakala pembangunan barat focus kepada material. Ini bukanlah bermakna Islam tidak mementingkan pembangunan material, namun pembangunan insan perlulah seiring dengan kemajuan negara. Tiada gunanya negara maju tetapi rakyat berminda kelas ketiga. Ukuran pencapaian Negara boleh diukur melalui KNK (keluaran Negara kasar) dan juga perubahan social seperti kadar pengangguran, kadar jenayah dan sebagainya.

 Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dan hamba Allah yang bertakwa

NUR LAILA BINTI MAT ISA


Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa pentingnya ekonomi dalam sesebuah negara. Selain itu, piagam Madiah dan piagam Malaysia mempunyai banyak persamaan kerana memerapkan  ciri-ciri keislaman di dalamnya. 

Maka dengan itu, saya berazam selaku bakal pemimpin pada masa hadapan agar dapat merapatkan curang ekonomi antara kaum di Malaysia.