Sunday, 6 November 2016

Tahap ekonomi Malaysia berdasarkan ukuran qualitative dan quantitative dari 2014-2016




2014
 Ekonomi negara mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus pada suku pertama, dan pada suku kedua meningkat pada tahap 6.4 peratus. Pertumbuhan ekonomi yang semakin baik ini didorong oleh peningkatan eksport yang meningkat kepada 14.2 peratus berbanding 10.8 peratus.
 Kekuatan negara termasuk asas makroekonomi yang kukuh seperti ekonomi yang pelbagai; kadar pengangguran yang rendah; rizab antarabangsa yang kukuh; peningkatan peranan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan dengan menyumbang sebanyak 68.9% daripada jumlah pelaburan dalam tempoh separuh pertama 2014; dan sistem kewangan yang teguh untuk menyokong aktiviti ekonomi.

 Pada 2014, ekonomi dijangka berkembang 5.5% hingga 6% (2013: 4.7%) lebih tinggi berbanding unjuran 4.5% hingga 5.5% yang dibuat pada awal 2014. Negara turut mencatatkan surplus sebanyak 4% pada tahun 2014 menunjukkan kerajaan mempunyai lebihan wang pada kewangannya. Ini membolehkan kerajaan menguruskan hutangnya dan ia menurun dari 54.7% KDNK kepada 53.9% di penghujung 2014.

2015
 Pertumbuhan KDNK tahun 2015 berada pada tahap 4.5-5.5 %. Pada tahun lalu KDNK berada pada tahap 5-6% iaitu kurang 1.4 % sahaja berbanding negara China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. Dalam sektor luar negeri, akaun semasa imbangan pembayaran diunjurkan kekal dalam kedudukan lebihan sebanyak RM21.4 billion atau 2-3% daripada pendapatan negara kasar (PNK).

  Inflasi dijangka berpurata sebanyak 2-3% pada tahun 2015 (2014:3..2%) disebabkan oleh harga tenaga dan makanan yang lebih rendah. Keadaan pasaran guna tenaga kekal mantap, dengan kadar pengangguran sebanyak 3%. Permintaan dalam negeri dijangka mencatat pertumbuhan yang mampan sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 6%), diterajui oleh perbelanjaan sektor swasta.
 Penggunaan swasta diunjurkan berkembang sebanyak 6% pada tahun 2015 (2014: 7.1%). Kenaikan gaji sebanyak 5.8% pada tahun 2015 (2014: 5.4%). Pada tahun 2015, kadar pengangguran diunjurkan kekal stabil pada 3% (2014: 2.9%).

2016
 Berbanding pertumbuhan ekonomi 4.8% tahun lalu, OCBC Bank mengunjur negara akan bertumbuh 4.7% bagi 2016. OCBC menjangka ringgit mungkin cecah paras RM4.37 kepada dolar Amerika pada Mac 2016, diikuti RM4.44 pada Jun, RM4.51 September dan RM4.59 menjelang Disember. Menjelang Disember, ia turut menjangka ringgit akan diniaga pada RM4.77 berbanding Euro, RM3.79 berbanding Yen dan RM3.12 berbanding dolar Australia.

 OCBC menjangka harga minyak mentah akan meningkat sedikit kepada US$35 suku pertama tahun ini, diikuti kepada US$40, US$45 dan US$50 setiap suku sehingga suku keempat 2016. OCBC meletakkan unjuran harga tersebut bagi kedua-dua penanda aras Brent dan WTI. Inflasi dan kos sara hidup dijangka akan terus meningkat. Selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan kadar tol, kelemahan ringgit juga dijangka akan meningkatkan inflasi ke atas barangan yang diimport.

 Defisit bajet berlaku apabila kerajaan berbelanja lebih dari pendapatannya. Tahap defisit bajet yang sihat bagi negara membangun adalah 5%, bermakna perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan sebanyak 5%. Malaysia berharap untuk mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3.1% bagi 2016. Defisit bajet mungkin berada pada paras 3.4 atau 3.5% bagi 2016, bukan 3.1%. Defisit yang lebih tinggi juga pada masa yang sama bermakna, akan ada pemotongan perbelanjaan.


No comments:

Post a Comment