Dengan mengambil kaedah Rasulullah SAW, bincangkan usaha
pembaikan ekonomi.
Semasa penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat ke
Madinah, baginda telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan kaum Ansar. Dengan
mempersaudarakan dua kaum ini, Rasulullah SAW dapat memupuk semangat kerjasama
sekali gus terpancar terhadap pembangunan ekonomi Madinah pada waktu itu.
Dengan mengambil pendekatan Rasulullah SAW, para pemimpin di Malaysia haruslah
berusaha untuk menyatukan semua kaum yang terdapat di Malaysia. Program seperti
1Malaysia yang membuatkan semua kaum di Malaysia bernaung di bawah satu nama
Malaysia juga adalah salah satu inisiatif yang boleh menyatukan semua kaum di
Malaysia. Dengan manyatukan semua kaum di Malaysia, pembangunan ekonomi akan
lebih pesat kerana mereka akan saling bekerjasama untuk membantu satu sama
lain.
Selain itu, Rasulullah SAW juga telah menerapkan kepada
umatnya mengenai keburukan riba dan rasuah dalam berekonomi. Rasulullah SAW
menggalakkan aktiviti ekonomi yang berhemah, bertanggungjawab dan tidak
mengenepikan aspek nilai dan kebajikan. Oleh itu, para pemimpin di Malaysia
hendaklah berusaha membenteraa riba dan rasuah terutamanya dalam pimpinan dan
ekonomi negara. Rasuah adalah salah satu factor di mana barang diseludup ke
luar negara yang boleh memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment