RASIONAL AGAMA
ISLAM, BAHASA MELAYU DAN SISTEM BERAJA DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA.
ISLAM
-
Pekara 3(1) merujuk kepada Islam merupakan
agama Persekutuan di Malaysia tetapi agama lain bebas untuk dianuti.
-
Majoriti rakyat Malaysia beragama Islam jadi penganut agama Islam diberikan hak
yang istimewa.
-
Sejarah menunjukkan bahawa agama Islam
telah bertapak lama di tanah Melayu iaitu sebelum kemerdekaan lagi.
-
Cara kehidupan dan budaya telah dipengaruhi
oleh masyarakat tanah Melayu yang dibawa oleh pedang Arab semasa zaman
kesultanan Melayu Melaka lagi.
-
Pembinaan masjid dan surau mempengaruhi
perkembangan agama Islam yang tersebar luas sejak dulu lagi.
-
Undang-undang Islam yang dikenali Hukum
Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur
adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar
meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.
Bahasa Melayu
-
Perkara 152, merujuk kepada bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi di Malaysia.
-
Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa
harian dan mudah digunakan oleh semua
lapisan masyarakat.
-
Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan di
sekolah-sekolah sama ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangaan Tamil,
sekolah jenis kebangsaan Cina.
-
Bahasa Melayu menjadi lingua franca di
Nusantara sejak berabad-abad lamanya.
-
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
mempunyai nilai saatera yang tinggi.
-
Ramai masyarakat luar tertarik untuk
menggunakan bahasa Melayu contohnya pada zaman
kegemilangan Melaka. Pedagang-pedagang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa perantaraan semasa urusan jual beli dilakukan.
Raja dan Sultan
-
Sistem beraja telah menjadi asas dalam
membentuk tanah melayu sebelum kemerdekaan.
-
Raja merupakan identiti dan lambang kepada
negara kita sejak dulu lagi.
-
Hal persoalan agama dikendalikan oleh institusi beraja. Raja
memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Islam.
-
Raja pada
zaman dahulu menjadi pemerintah pada zaman sebelum kemerdekaan.
-
Sistem beraja penting dalam kegemilangan
Melayu Melaka.
No comments:
Post a Comment