Friday, 21 October 2016

BUDAYA MATERIAL DAN NON-MATERIAL

ETNIK DI MALAYSIA
BUDAYA MATERIAL
BUDAYA NON-MATERIAL
Kadazandusun
(Sabah)
a)      Makanan
-          Semasa Pesta Keamatan, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa.
-          Tuhau : Merupakan makanan berupa jeruk yang enak dimakan bersama nasi dan lauk pauk lain.
-          Sup Manuk Lihing : makanan ini baik untuk wanita yang baru melahirkan anak dan pada hari-hari istimewa.

b)      Peralatan muzik
-          Gong : Digunakan dalam hampir semua upacara sosial.
-          Togunggak : Dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian / perarakan di pesta-pesta.
-          Sompotan : Dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan 8 batang paip buluh.

c)       Pakaian
Suku kaum Kadazan
-          Wanita : Sinuangga
-          Lelaki : Gaung
-          Menggunakan kain hitam iaitu kain baldu yang bersulamkan benang emas.
-          Dipakai semasa Pesta Menuai.
Suku kaum Dusun
-          ‘Sinombiaka Rombituon’ : mempunyai hiasan yang lebih ringkas
-          Dikenali sebagai ‘Sinombiaka’ (pakaian yang telah dimodenkan).

 
a)      Kepercayaan
-          Sebelum kedatangan British : Mengamalkan animisme (percaya kepada alam semula jadi). Percaya akan semangat padi (Bambaazon). Memuliakan pokok padi, beras dan nasi.
-          Selepas kedatangan British : Menganut agama Kristian. Segelintir daripadanya menganut agama Islam.

b)      Perayaan
Pesta Keamatan (Tadau Ka’amatan) – Meraikan tuaian baik. Disambut pada 30 & 31 Mei setiap tahun.

c)       Tarian ritual
-          Tarian Sumazau. Berfungsi sebagai mengucapkan kesyukuran, menolak bala, menyembah semangat dan mengubati penyakit.

d)      Adat Resam
Perkahwinan
-          Merisik : perkara yang diutamakan ialah pemberian sebentuk cincin.
-          Meminang : Menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (cincin menanti mimpi)
-          Bertunang : Cincin menanti mimpi dipulangkan kembali kepada pihak lelaki.
-          Kahwin : Memakan masa 3 hari. Upacara perkahwinan yang penting ialah miohon pinisi (upacara menukar gumpalan nasi).


No comments:

Post a Comment