(2015182333)
Pada hari ini saya telah belajar tentang hadis
ke dua daripada hadis 40 yang berkait tentang agama. Rukun agama mengandungi
rukun iman, rukun islam dan ihsan. Rukun iman berkait dengan tauhid dan akidah.
Rukun islam berkait dengan ibadah. Ihsan bermaksud kita beribadah seolah-olah
Allah melihat kita dan kita melihat Allah. Untuk mendapat tasawuf iaitu
pencerahan hati kita hendaklah mempunyai kesemua elemen ini.
Oleh itu, saya berazam untuk mendalami dan
memantapkan ilmu akidah dan tauhid dan memperbaiki ibadah saya kepada yang
lebih baik dan sempurna.
SAKINAH BINTI ISHAK
(2015126183)
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang
diri seseorang itu hendaklah menyempurnakan perjanjian asali dalam roh supaya
dalam diri kita ini bukan setakat tahu bahawa agama Islam adalah Islam tetapi
jadikan Islam itu sebagai cara hidup yang sangat baik dan perkara pertama yang
harus dalam diri adalah keimanan kerana kita tidak akan goyah walau dengan hasutan
luar pun.
Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa mempelajari tentang ilmu
agama dengan dalamnya kerana ianya adalah kewajipan kita sebagai seorang Islam
yang bukannya disebabkan paksaan semata-mata.
NORIZZATI BINTI SAMURI
(2015134603)
Pada hari ini saya telah mempelajari Hadis 2 berkenaan
dengan agama. Agama terbentuk dengan iman, islam dan ihsan. Iman berkait dengan
tauhid dan akidah. Islam pula berkait dengan ibadat. Manakala ihsan ialah
beribadah seolah-olah Allah sedang melihat kita.
Maka dengan itu saya berazam untuk memntapkan iman dengan
menghadiri kelas-kelas agama dan melakukan ibadat dengan khusyuk kerana Allah.
NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
( 2015152359)
Pada hari ini perkara baru yang saya pelajari ialah
factor-faktor yang mempengaruhi Islam tersebar luas di Alam Melayu. Factor yang
paling memberi kesan dalam tersebar luasnya Islam ialah melalui kuasa
pemerintah. Melalui Hikayat Pasai, pemerintah Pasai telah bermimpi berjumpa
Rasulullah S.A.W dan baginda telah mengajarkan kalimah Syahadah kepada beliau
serta telah berpesan apabila terdapat dua manusia yang menawarkan sesuatu, maka
terimalah. Dengan cara itulah pemerintah Pasai telah memeluk Islam dan
menyebabkan rakyatnya turut beragama Islam. Selain itu, saya juga sedar bahawa
Islam tiada sebarang paksaan kerana apabila melihat cara berpakaian pada zaman
dahulu tidaklah begitu mengikut syariat Islam.
Saya berazam untuk mensyukuri nikmat Islam yang diperolehi
sejak lahir ke dunia ini. Saya berasa sangat bertuah kerana dilahirkan dalam
keluarga Islam dan mengajarkan saya cara-cara hidup Islam.
NUR LAILA BINTI MD ISA
(ID : 2015139923)
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa
masyarakat Alam Melayu menerima kedatangan Islam secara terbuka serta diterima
terus Nabi Muhammad. Selain itu, agama Islam juga tidak memaksa masyarakat
untuk menerima agama Islam serta agama Islam merupakan agama yang harmoni.
Maka
dengan itu saya berazam untuk menghargai ajaran Islam yang telah dibawa sejak
sekian lama.
NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
(2015136315)
Pada
sesi pembelajaran yang lepas bersamaan 18/10/2016, saya telah mempelajari
banyak perkara khususnya asal usul dan susur galur keturunan Melayu yang saya
tidak pernah dengar dan tahu sebelum ini. Sebelum ini saya hanya dimomokkan
dengan pengkhianatan si Kitol yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka
ke tangan Portugis. Saya ditanamkan dengan sifat prejudis bahawa orang Melayu
memang ada sifat suka mengkhianati antara satu sama lain. Tak lupa juga dengan
tali barut-tali barut yang ada pada zaman pemerintahan British dan Jepun.
Akhirnya saya mengetahui bahawa bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang hebat
pada suatu ketika dulu. Dimana Bahasa melayu dijadikan Bahasa lingua franca
yang digunakan oleh para pedagang untuk memudahkan urusan berdagang di Tanah
Melayu. Saya juga kagum dengan kekuatan dan ketinggian ilmu agama Islam yang
diterapkan oleh para ulama dalam diri masyarakat pada zaman Melayu Melaka
walaupun tanpa kemudahan teknologi dan media massa seperti kita sekarang.
Saya
juga mempelajari perbezaan antara tasawuf dan tasawur yang pada awalnya saya
sangkakan ia adalah ilmu yang sama. Tasawur merupakan ilmu agama yang
melibatkan alam manakala tasawuf melibatkan penyucian hati. Saya turut
mengetahui mengenai sesi dialog antara Rasulullah dan seorang lelaki (Jibril)
di hadapan sahabat-sahabat yang lain. JIbril telah mengajar 4 perkara iaitu
Rukun Iman, Rukun Islam, Islam dan Ihsan.
Oleh
itu saya berazam untuk cuba mengembalikan kegemilangan Orang Melayu supaya
boleh diri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain yang lebih
kehadapan di tanah orang melayu sendiri walaupun bidang saya tiada kaitan
dengan pembangunan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment