(ID : 2015182333)
Pada hari
ini saya telah belajar tentang surah al-Hujurat ayat 8-13. Ayat ke 8 menerangkan
tentang nikmat. Seperti nikmat iman, ilmu, petunjuk, dan nikmat Rasullullah adalah nikmat yang
terbesar. Ayat ke 9 menceritakan tentang mendamaikan dua orang mukmin yang
bergaduh atau berperang. Kita harus mendamaikan mereka dengan menasihati orang
yang bergaduh. Jika mereka telah kembali kepada jalan yang lurus kita haruslah
berlaku adil iaitu tidak mengungkit-ungkit kesalahan mereka yang lepas.
Ayat ke
10 pula menceritakan tentang hanya orang mukmin yang bersaudara ,damaikanlah
orang yang bergaduh dan bertaqwa kepada Allah. Hal ini merupakan tuntutan Allah
kepada manusia yang berkaitan dengan perjanjian asali. Ayat ke 11 menceritakan
tentang jangan mencemuh dan mengaibkan orang lain Jika kita cemuh orang lain
dia membuka peluang orang lain mencemuh kita. Jangan panggil orang dengan
panggilan yang buruk kerana ia adalah tanda-tanda orang yang fasiq. Jika tidak
bertaubat jatuh kepada zalim.
Ayat ke 12 mengenai Jauhilah prasangka buruk kerana
ia adalah sebahagian daripada dosa. Jangan mencari kesalahan orang lain dan
jangan mengumpat. Ayat ke 13 menceritakan tentang menjaga hubungan baik sesama
manusia untuk semua orang termasuk orang bukan Islam.semulia-mulia orang adalah
orang yang bertaqwa kepada Allah. Kita saling berbeza-beza untuk kita saling
kenal –mengenali.
Oleh itu,
saya berazam untuk sentiasa bersangka baik terhadap sekeliling. Tidak mencemuh
orang lain, tidak memanggil orang dengan gelaran yang buruk dan berlaku adil
kepada setiap orang.
SAKINAH BINTI ISHAK
(ID : 2015126183)
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang surah Al-Hujurat ayat 6-13, iaitu kita hendaklah miliki ilmu tentang
Rasulullah dahulu kerana ianya adalah kunci Nur kepada setiap manusia. Selain
itu, kita juga harus mendamaikan perbalahan antara dua pihak yang bergaduh.
Maka, dengan itu saya berazam untuk meleraikan pergaduhan antara kawan saya dan
berusaha mencari ilmu Rasulullah.
NORIZZATI BINTI SAMURI
(ID :2015134603)
Pada hari ini saya telah mempelajari surah al-Hujjaratt ayat
8-13. Keseluruhan ayat menceritakan beberapa peringatan. Antaranya ialah nikmat
terbesar umat Islam selain nikmat iman dan Islam ialah nikmat kehadiran
Rasulullah SAW kerana tanpa baginda, ilmu tidak dapat disampaikan. Selain itu,
umat Islam dituntut untuk mendamaikan dua pihak yang sedang bergaduh. Umat
Islam dilarang mencemuh orang lain, mengaibkan diri sendiri dan orang lain
serta mmanggil orang dengan gelaran yang buruk. Umat Islam juga dilarang
bersangka buruk dan mencari kesalahan orang lain. Di samping itu, semua manusia
perlu menjaga hubungan sesama manusia kerana pengenalan kepada manusia membawa
kepada mengenal Allah dan Rasul.
Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa bersyukur kerana
dilahirkan dalam Islam dan menjadi umat nabi Muhammad SAW. Selain itu, saya
juga tidak akan mendiamkan diri sekiranya mendapati kawan-kawan saya
berselisihan pendapat dan sebaliknya memainkan peranan mandamaikan mereka. Saya
juga berazam untuk bersangka baik terhadap orang lain dan tidak memanggil
dengan gelaran yang buruk terhadap orang lain kerana itu adalah perbuatan orang
yang fasik.
NUR LAILA BINTI MD ISA
(ID: 2015139923)
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa Allah S.W. T menjadikan kita pelbagai kaum,
suku, rupa dan sebagainya bagi kita mengenali antara satu sama lain. Selain itu, saya juga
mempelajari bahawa kepentingan menjaga hubungan antara sesama manusia dalam
kehidupan seharian. Maka dengan itu saya berazam untuk berbaik-baik sesama manusia agar
mendapat keberkataan hidup di dunia dan akhirat.
NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
(ID : 2015152359)
Perkara baru yang saya belajar pada hari ini ialah
terjemahan dari surah al-Hujarat iaitu pada ayat 12. Saya sangat terkesan
dengan terjemahan ayat ini iaitu kita dilarang mencari kesalahan orang lain.
Hal ini demikian kerana, baru-baru ini saya ada melakukan kesilapan tersebut
dengan merakam perbualan kenalan saya kerana ingin menyelidik suatu masalah.
Saya berazam selepas ini untuk tidak lagi mencari kesalahan
orang lain dan terus membaiki kekurangan diri sendiri. Saya juga perlu
mempelajari dengan lebih mendalam lagi larangan-larangan yang Islam gariskan
dalam kehidupan seharian.
NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
(ID : 2015136315)
Pada
sesi pembelajaran yang lepas, saya telah mempelajari banyak perkara yang saya
tidak tahu sebelum ini. Pertama sekali, penggunaan perkataan ‘kalau’ dalam
kehidupan seharian. Penggunaan perkataan ‘kalau’ boleh membawa kepada perasaan
tidak redha dan pasrah dalam perkara yang telah berlaku dalam hidup kita.
Selain itu, saya juga telah mempelajari sifat-sifat yang dimiliki oleh orang munafik, orang fasik dan orang yang
bertaqwa kepada Allah SWT. Antara sifat orang fasik ialah suka menyebarkan
berita yang tidak dipastikan kesahihannya.
Saya juga mempelajari mengenai sistem
kehidupan masyarakat melayu sebelum kerajaan melayu Melaka. Berdasarkan
pembentangan kumpulan yang lain, saya percaya bahawa orang melayu kuno sudah
mula menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain contohnya China,
India dan Arab. Proses asimilasi, akulturasi, amalgamasi sudah berlaku pada
zaman tersebut dengan terdapat jumpaan candi dan artifak yang membuktikan
kepercayaan dan budaya masyarakat pada zaman tersebut.
Oleh itu saya berazam untuk
menanamkan sifat-sifat orang bertaqwa yang sudah dinyatakan di dalam Al-Quran
antaranya tidak mencemuh orang lain, tidak menyatakan keaiban sesama sendiri
dan tidak memanggil orang lain dengan panggilan yang buruk. Saya berazam untuk
menjauhkan sikap suka berprasangka buruk terhadap sesuatu perkara yang saya
tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan tentangnya.
No comments:
Post a Comment