Friday, 21 October 2016

REFLEKSI INDIVIDU

NURASHIDAH BINTI ROSLI
(ID: 2015182333)

Pada hari ini saya telah belajar mengenai konsep kesepaduan dalam pelbagai etnik di Malaysia. Antara konsep tersebut ialah konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Konsep ini menerangkan pandangan negatif atau sangka buruk oleh seseorang terhadap etnik yang lain. Seterusnya saya telah belajar mengenai kesepaduan sosial melalui akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Konsep ini menerangkan tentang pandangan positif, penerimaan dan penyerapan budaya etnik lain .

Dengan itu saya berazam untuk menghormati budaya etnik lain-lain, tidak bersangka buruk terhadap pandangan dan pemikiran etnik lain kerana kita hidup bermasyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan adat resam. Keharmonian sesuatu masyarakat itu bergantung pada kesepaduan dan toleransi antara setiap etnik.

SAKINAH BINTI ISHAK
(ID: 2015126183)

Pada hari ini saya telah mempelajari banyak pengajaran yang telah saya dapat iaitu janganlah kita membezakan agama, warna kulit, budaya dan sebagainya kerana setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Selain daripada itu, kita haruslah sentiasa berfikiran positif terhadap semua makhluk Allah kerana ianya akan memberikan aura yang positif kepada orang lain dan ini akan menimbulkan situasi yang harmoni dalam bermasyarakat. Tambahan pula kita janganlah bersikap prejudis kerana ianya akan melemahkan system masyarakat dalam sesebuah negara.

Selain daripada itu, kita janganlah bersikap diskriminasi dengan kaum yang lain kerana ianya akan menimbulkan pergaduhan antara dengan yang lain dan masyarakat dalam sesebuah negara akan sentiasa bermusuhan dan secara tidak langsung ekonomi negara akan merundum kerana tiadanya sikap bekerjasama antara satu dengan yang lain. Seterusnya, kita hendaklah menunjukkan sikap yang baik seperti menolong orang, bersedekah, bercakap perkara yang baik-baik dan sebagainya.

Seterusnya saya jug telah mempelajari tentang konsep asimilasi, akulturasi, asimilasi, amalgamasi. Ianya adalah berkaitan tentang Sesuatu kebudayaan, contohnya asimilasi iaitu Baba dan Nyonya hidup cara Melayu, makan makanan Melayu, berpakaian Melayu, bertutur bahasa Melayu tetapi agamanya tetap agama Buddha. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang etnik sesebuah kaum yang bermaksud kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui Sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap salah. Sebagai pengajaranya kita haruslah menghormati setiap etnik yang ada di dalam sesebuah negara.

Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa berbuat baik dengan semua makhluk Allah di muka bumi ini tanpa adanya perasaan negatif dan sakit hati. Saya juga akan berusaha untuk menyampaikan dakwah Islam kepada setiap manusia samada orang Islam ataupun bukan. Selain itu, saya juga akan sentiasa berusaha untuk menjadi makhluk Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmatnya.

NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
(ID : 2015152359)

Pada minggu ini, saya telah mempelajari mengenai konsep kesepaduan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia dalam konteks negatif iaitu konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Prejudis ialah pandangan negatif mengenai kelompok etnik lain yang tidak berasaskan kepada fakta atau maklumat yang tepat. Strereotaip pula ialah kenyataan umum yang negatif dilemparkan kepada sesuatu etnik. Manakala, diskriminasi merupakan pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik terhadap golongan atau kelompok etnik yang lain berasaskan perbezaan ciri etnik semata-mata. Kesepaduan sosial dalam konteks positif pula ialah melalui akomodasi, akulturasi, asimilasi, dan amalgamasi. Kensep akomodasi ialah setiap kumpulan etnik sedar dan hormat kepada norma dan nilai kumpulan etnik lain. Konsep akulturasi ialah penerimaan unsur kebudayaan asing dalam satu kelompok manusia. Konsep asimilasi ialah proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya yang sama. Akhir sekali ialah konsep amalgamasi iaitu proses di mana budaya bercantum untuk membentuk budaya atau etnik yang baru.
Saya berazam untuk tidak memandang negatif terhadap kelompok etnik lain walaupun mereka mempunyai banyak kelainan dari etnik saya. Saya perlu menghormati budaya yang mereka amalkan kerana saya juga mempunyai budaya yang berlainan dari mereka.

NUR LAILA MAT ISA
(ID : 2015139923)

Pada hari ini saya telah mempelajari kepentingan ilmu tauhid kepada masyarakat pada masa kini. Maka dengan itu saya berazam untuk menambah ilmu tentang tauhid.

NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
(ID : 2015136315)

Pada sesi pembelajaran yang lepas (27/9/2016), saya telah mempelajari banyak perkara. Antaranya, penerangan konsep masyarakat dan budaya. Saya juga telah mempelajari perjanjian antara Allah SWT dan Iblis Laknatullah untuk menyesatkan manusia dan ditangguhkan hukuman hingga ke hari kiamat.
Saya juga turut mempelajari bahawa hidup bermasyarakat ini boleh menjurus ke arah positif dan negatif mengikut fahaman dan kepercayaan yang diamalkan dalam masyarakat tersebut. Kesepaduan masyarakat boleh dicapai melalui peringkat akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Manakala, perpecahan dan perbalahan antara masyarakat boleh terjadi dengan adanya sikap prejudis, diskriminasi dan stereotaip.

Saya berazam untuk menukar perspektif saya terhadap orang lain dan cuba untuk tidak mengamalkan sikap stereotaip dan diskriminasi terhadap orang lain. Saya juga berazam untuk mengingatkan orang-orang di sekeliling saya tentang kepentingan dan matlamat utama hidup di muka bumi ini sebagai khalifah Allah SWT. Akhir sekali, saya berazam untuk menanamkan sikap toleransi antara manusia bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

NORIZZATI BINTI SAMURI
(ID:2015134603)

Pada hari ini saya telah mempelajari konsep akomodasi, akulturasi, similasi dan amalgamasi serta prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Akomodasi ialah kesedaran dan menghormati norma kumpulan etnik yang lain (A+B+C=A+B+C). Akulturasi ialah penerimaan dan peminjaman budaya asing seperti pakaian, makanan dan bahasa. Asimilasi ialah percantuman berlainan budaya sehingga hilang identiti asal seperti Baba dan Nyonya yang hidup cara Melayu (A+B=A/B). Amalgamasi ialah budaya bercantum dan membentuk budaya yang baru melalui perkahwinan campur (A+B=C).

Maka dengan itu saya berazam untuk saling bertolak ansur, bersangka baik, tolong-menolong dan menghormati antara satu sama lain demi perpaduan. Kita hendaklah mengelakkan nilai-nilai negatif yang boleh merosakkan perpaduan antara kaum seperti prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Prejudis ialah pandangan negatif seseorang yang tidak berasas. Jika tidak dibendung boleh beralih kepada setreotaip iaitu melemparkan kata-kata negatif kepada seseorang. Dan tahap yang lebih parah ialah diskriminasi iaitu pandangan, pemikiran dan tindakan negatif yang dilakukan kepada seseorang seperti tidak mahu bertegur dan menjauhkan diri dengan seseorang. Nilai-nilai seperti itu harus dielakkan demi menjaga keharmonian sesama kaum.

No comments:

Post a Comment