NURASHIDAH BINTI ROSLI
(ID: 2015182333)
Pada
hari ini saya telah belajar tentang surah al-Hujurat Ayat 6-7. “Wahai
orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu
membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak
mencelakakan suatu kaum karena kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya
kamu menyesali perbuatanmu itu. Dan ketahuilah olehmu bahwa di
tengah-tengah kamu ada Rasulullah, kalau dia menuruti kemauan kamu dalam
banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan. Tetapi Allah menjadikan
kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu,
serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan
kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,
Pengajaran yang saya dapat daripada surah ini ialah kita perlu
selidik terlebih dahulu segala maklumat yang kita dapat sebelum
menyebarkannya kepada orang lain kerana jika perkara tersebut tidak
benar ia akan mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat.
Seterusnya, setiap umat islam perlu kenal rasulullah kerana dengan kita
mengenali rasulullah, kita akan bertambah keimanan dan bertambah cinta
kepada Allah dan syaitan akan takut kepada orang yang beribadah dengan
hati yang penuh dengan Nur Muhammad s.a.w . Untuk mendapat nikmat dalam
beribadah, kita perlu mencari cahaya Rasulullah dengan cara menghayati
sejarah hidup Rasulullah, sunah Rasulullah dan segala yang berkait
tengan Rasulullah s.a.w.
Oleh itu, saya berazam untuk
menyelidik segala maklumat yang saya dapat kepada orang yang lebih tahu
dan pakar sebelum saya menyebarkan maklumat tersebut kepada awam. Selain
itu saya juga akan berusaha mengenali Rasulullah, menghayati jalan
hidup Rasulullah dan sejarah-sejarah peperangan yang Rasulullah sertai.
SAKINAH BINTI ISHAK
(ID :2015126183)
Pada
hari ini saya telah mempelajari tentang surah Al-Hujurat ayat 6 dan
ayat 7, ia menceritakan tentang seseorang itu harus mengelakkan diri
dari bersangka buruk terhadap orang lain. Mereka haruslah menyelidik
dahulu tentang sesuatu perkara sebelum menghukum seseorang itu. Selain
itu, janganlah kita bersikap fasiq yang bermaksud beriman tapi sentiasa
berterusan melakukan dosa dan ini adalah sikap yang tidak disukai oleh
Allah.
Seterusnya, kita hendaklah mengenal Rasulullah kita iaitu
Nabi Muhammad SAW, keran melalui ilmu kita tentang Rasul kita akan lebih
yakin dan menjadi idola kita yang sangat baik kerana Nabi bersifat
maksum iaitu tidak melakukan dosa sedikit pun. Akhir sekali, kita
hendaklah mencari bukti yang kukuh barulah kita menilai tentang sesuatu
perkara. Hal ini adalah penting agar kita dielakkan dari memfitnah
seseorang itu.
NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
(ID : 2015152359)
Pada
minggu ini, saya telah mempelajari mengenai terjemahan ayat 6-7 surah
Al-Hujurat. Allah telah berfirman kepada orang-orang yang beriman agar
menyelidik dahulu kebenaran sesuatu berita yang dibawa oleh orang fasik
agar mereka tidak mencelakakan suatu kaum dan kemudian menyesali
perbuatan mereka itu.
Ayat 7 pula, Allah berfirman bahawa di
antara mereka terdapat Rasulullah. Jika dia menuruti kemahuan mereka
dalam banyak hal, pasti mendapat kesusahan. Tetapi Allah menjadikan
mereka cinta kepada keimanan dan membenci kekafiran, kefasikan, dan
kederhakaan.
Saya berazam untuk tidak menyampaikan berita-berita
yang belum tahu kesahihannya untuk mengelakkan fitnah. Saya juga akan
menyelidik dahulu kebenaran sesuatu perkara sebelum mempercayainya.
NUR LAILA BINTI MAT ISA
(ID : 2015139923)
Pada
hari ini saya telah mempelajari Surat Hujurat ayat 6-7 iaitu kita
hendaklah mempunyai ilmu tentang Rasulullah dan bersangka baik dengan
Allah serta pentingnya mempunyai ilmu dalam kehidupan di dunia mahupun
akhirat. Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa bersangka baik
dengan Allah dan redha dalam segala urusan di dunia dan akhirat.
NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
(ID : 2015136315)
Pada
sesi pembelajaran yang lepas (4/10/2016), saya telah mempelajari
pengajaran ayat dalam surah Al-Hujurat (6-13). Bagi ayat 6, Al-Quran
menerangkan kepentingan menyelidik sesuatu pekara dahulu sebelum
menyebarkannya kepada orang lain agar tidak mendatangkan mudarat kepada
diri sendiri di kemudian hari. Contohnya, penyebaran fitnah dan gossip
yang tidak dapat ditentukan kesahihannya.
Bagi pengajaran ayat 7,
Al-Quran memberikan tips jika mahu menjadi orang yang mengikuti jalan
yang lurus ialah dengan mengenali Rasulullah SAW sendiri. Ini kerana
Rasulullah SAW ialah utusan Allah SWT dan penerima wahyu. Ayat ini juga
menerangkan jika Rasulullah SAW mengikut kemahuan manusia, maka manusia
akan binasa.
Saya telah berazam untuk lebih mengenali junjungan
besar, Rasulullah SAW supaya kecintaan kepada Baginda lebih mendalam dan
tidaklah hanya setakat mengenali nama baginda dan ahli keluarga
terdekat baginda. Saya juga berazam supaya dapat menanamkan sifat cinta
akan Rasulullah SAW di dalam diri individu yang terdekat dengan saya.
NORIZZATI BINTI SAMURI
(ID:2015134603)
Pada
hari ini saya telah mempelajari Surah Al-Hujarat ayat 6 dan 7. Ayat 6
menyatakan bahawa apabila datang seorang fasik membawa sesuatu berita,
maka hendaklah kita selidiki terlebih dahulu kebenarannya supaya tidak
membawa mudarat kepada kita disebabkan kejahilan kita sendiri supaya
kita tidak menyesal di kemudian hari. Ayat 7 pula menyatakan Rasulullah
SAW tidak menurut permintaan umatnya yang bercanggah dengan syariat
Islam demi kebaikan kita juga. Orang yang beriman hendaklah bersyukur
kerana Allah yang mempercintakan kita untuk melakukan perkara yang
diredhai-Nya dan membencikan kita terhadap kekufuran dan perbuatan
fasik.
Maka dengan itu saya berazam untuk tidak cepat
mempercayai sesuatu berita yang belum tentu kesahihannya dan selidikinya
sebelum menyebarkannya supaya tidak menyesal di kemudian hari atas
kejahilan diri sendiri. Selain itu, untuk menjadi hamba yang dekat
dengan Allah dan diredhai-Nya, saya perlu mengenali Rasulullah SAW
dengan lebih mendalam kerana dengan mengenali baginda, saya akan lebih
mencintai baginda seterusnya lebih mendekatkan diri dengan Allah. Antara
cara yang boleh saya lakukan untuk mendapat Nur Muhammad ialah dengan
membaca buku Syamail Muhammadiah yang menjelaskan segala sifat dan cara
hidup baginda.
No comments:
Post a Comment