Pada hari ini perkara yang saya belajar ialah kedudukan
perlembagaan di Malaysia adalah yang paling tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa
perlembagaan adalah sangat penting dalam menjamin kestabilan politik, menjaga
keharmonian kaum dan hak istimewa orang melayu, memelihara kedaulatan beraja,
melindungi hak istimewa orang melayu, dan membentuk identiti negara. Hal ini
juga menunjukkan bahawa pemimpin yang dipilih juga penting bagi membolehkan
perlembagaan digunakan dengan betul.
Dengan ini, saya berazam untuk memilih pemimpin yang boleh
memimpin negara ke arah yang lebih baik pada Pilihanraya yang akan datang.
SAKINAH BINTI ISHAK
Pada hari ini saya telah mempelajari
tentang Rasulullah yang memperkenalkan sifat Allah melalui dakwahnya. Beliau
sangat cekal dalam berdakwah. Maka denagn itu saya berazam untuk sedaya upaya
untuk mencontohi cara dakwah baginda dan sentiasa kuat dalam menepuh segala
dugaan seperti beliau.
NUR LAILA BINTI MAT ISA
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa
masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang sangat hebat dan saya juga dapat
mengetahui lebih lanjut tentang Malayan Union 1946 yang berkait rapat dengan
semangat perpaduan negara kita pada masa dahulu. Maka dengan itu, saya berazam
untuk membangkitkan semangat dan kehebatan orang Melayu pada masa kini walaupun
berada dalam arus permodenan ini serta memupuk semangat perpaduan di kalangan
masyarakat yang majmuk ini.
NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
Pada sesi pembelajaran yang lepas (25/10/2016), saya telah
mempelajari tentang kelahiran Tanah Melayu yang terpaksa melalui beberapa siri
penjajahan antaranya dari Portugis, British dan Jepun. Saya juga telah
mempelajari semangat nasionalisme yang tinggi dikalangan penduduk di tanah
Melayu pada ketika itu apabila mereka sanggup berkorban harta dan nyawa bagi
mencapai sebuah kemerdekaan. Perpaduan kaum yang sudah terbentuk juga amat
mengagumkan walaupun pada awalnya 3 kaum utama ketika itu dipisahkan dengan
sistem Jus-soli.
Saya juga mempelajari sistem perundangan Malaysia yang
diungguli oleh Perlembagaan Malaysia. Sedikit sebanyak saya dapat mengetahui
hak-hak yang terkandung dalam perlembagaan.
Oleh itu saya berazam untuk tidak melupakan jati diri walau
di mana saya berada dan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip dan
nilai-nilai murni. Saya juga berazam untuk menggunakan hak saya sebagai rakyat
yang tertakluk kepada demokrasi berparlimen.
NORIZZATI BINTI SAMURI
Pengajaran yang saya dapati pada hari ini ialah perpaduan
sangat penting untuk menyekat campur tangan kuasa asing dalam Negara kita.
Sebagai contoh, British tidak dapat melaksanakan system Malayan Union
disebabkan perpaduan orang Melayu dalam menentang penjajahan kuasa asing. Apabila
terdapat cubaan pihak asing utuk mencabul kedaulatan Negara atau hak
keistimewaan orang Melayu, kita hendaklah bersatu padu untuk menentangnya tanpa
mengira perbezaan parti politik
Maka dengan itu saya berazam untuk menyemarakkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakan-rakan kerana kami merupakan pelapis yang bakal
memerintah Negara.
NURASHIDAH BINTI ROSLI
Pada
hari ini saya telah belajar mengenai pembinaan negara Islam di Mekah . Fokus Rasulullah
s.a.w di Mekah ialah menanam rasa cinta Allah dengan mengenal sifat-sifat
Allah, hukum kemanusiaan seperti tidak menindas perempuan, dan menyatukan umat
yang berpecah belah. Dapat disimpulkan pembinaan negara Islam di Mekah
dimulakan dengan pembinaan akidah dan
akhlak yang baik. Di Madinah pula, terdapat pembentukan ummah muhajirin dan Ansar,
penyebaran dan pelaksanaan undang-undang seperti hudud, menutup aurat.
Oleh
itu, saya berazam untuk memantapkan ilmu akidah agar dapat menerima segala
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam agama .
No comments:
Post a Comment