Friday, 21 October 2016

PENGARUH HINDU BUDDHA DI ALAM MELAYU



Menurut syed Muhammad Naquib Al-Attas, pengaruh Hindu dan Buddha ini tidak sangat mempengaruhi penduduk tempatan. Contohnya tidak ada nama hindu yang dipakai oleh masyarakat tempatan kecuali dalam golongan bangsawan sahaja sebaliknya menggunakan nama berunsur alam flora seperti melor, kenangan dan sebagainya.

Beliau menyatakan bahawa wujud pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dari segi seni budaya dan adat dalam kalangan orang Melayu rakyat biasa. Contohnya, watak dalam wayang kulit seperti Ramayana, Sita Dewi dan Hanuman .

Selain itu, Adat Melenggang Perut telah diamalkan di kalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin.Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. 

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mantera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.

Selain itu, Adat Bersembah iaitu Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.

Konsep raja dan kerajaan adalah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu manakala konsep negeri atau negara dipinjam daripada perkataan sanskrit dalam penggunaan susun lapis perlantikan pegawai kerajaan istana zaman awal di alam Melayu adalah secara berangka seperti orang besar berempat, berlapan, enam belas, tiga puluh dua adalah dipengaruhi oleh astrologi Hindu.



No comments:

Post a Comment