NURASHIDAH BINTI ROSLI
(ID: 2015182333)
Pada
hari ini saya telah belajar mengenai kehidupan manusia. Manusia
merupakan makhluk yang bermasyarakat, ramai dan berbilang bangsa. Untuk
mengekalkan keharmonian ,manusia perlu hidup bermasyarakat dan beragama.
Hal ini kerana setiap manusia saling bergantung antara satu sama lain.
Unit asas bagi keluarga ialah ialah ayah sebagai pemimpin. Unit asas
bagi manusia ialah roh. Jika kita hendak membetulkan manusia kita perlu
betulkan roh(agama) manusia.
Seterusnya, manusia akan
melalui 5 alam. Iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia dan alam kubur
dan alam kiamat. Di alam roh terdapat perjanjian asali antara roh dan
Allah yang diceritakan di dalam surah al-Araf ayat 172 yang bermaksud:
‘Dan (ingatlah), ketika TuhanMu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam
dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka
(seraya berfirman): "Bukankah Aku ini TuhanMu?" Mereka menjawab: "Betul
(Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian
itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani
Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)".
Surah ini menceritakan sifat roh manusia itu fitrah mentauhidkan Allah
sudah ada dalam diri. Allah bertanya kepada roh manusia untuk
mendapatkan kerelaan hati dan persetujuan manusia. Orang yang kita kenal
adalah orang yang dekat dengan kita dalam menyatakan perjanjian kepada
Allah.
Ayat ini juga menerangkan bahawa kita telah
bermasyarakat sejak zaman roh dengan ayat “Benar,kami bersaksi”. Alam
dunia merupakan Alam ujian untuk menguji penyaksian kita kepada Allah
seperti yang kita telah janjikan di Alam Roh. Satu hari di Alam Akhirat
bersamaan 1000 hari di alam dunia.
Dengan itu, saya
berazam untuk mengekalkan hidup bermasyarakat kerana kita saling
memerlukan antara satu sama lain. Seterusnya, saya akan membetulkan
pandangan saya pada orang yang melakukan kesilapan dengan memandang
mereka mempunyai jiwa yang bersih, mereka boleh berubah beri peluang
kepada mereka kerana roh mereka secara fitrahnya bersih, tawaduq dan
tenang. Selain itu, saya berazam untuk meningkatkan amalan dan berusaha
mendapatkan redha Allah kerana alam dunia ini hanya sebentar jika
dibandingkan dengan Alam akhirat.
SAKINAH BINTI ISHAK
(ID: 2015126183)
Apa
yang saya telah pelajari daripada minggu pertama ini ialah kita
hendaklah hidup bermasyatrakat kerana manusia fitrahnya saling
bergantung dan mempunnyai toleransi dengan yang lain. Walaubagaimanapun,
apa yang menentukan sesebuah masyarakat itu adalah kepercayaan dan
mentaliti seseorang yang perlu diubah dahulu. Manusia juga memerlukan
agama untuk perpaduan semua masyarakat. Hal ini kerana, jika tiadanya
agama, masyarakat akan rapuh dan huru-hara.
Selain itu,
kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan, hal ini kerana di alam roh,
manusia telah membuat perjanjian asali dan ini telah diceritakan di
dalam surah Al-Araf ayat 172. Melalui ayat ini, kepercayaan tuhan
terhadap diri sudah ada di dalam diri, fitrah sebagai manusia yang sudah
kenal Allah. Dengan itu, kita sebagai manusia di dunia ini haruslah
sentiasa mengingati Allah di dalam dunia kerana di dalam dunia inilah
tempat untuk manusia membuktikan dan melaksanakan perjanjiannya kepada
Allah.
Akhirnya, jika manusia sentiasa melakukan
kebaikan terutamanya dalam penyebaran agama Islam, manusia akan
bersama-sama masuk ke dalam syurga.
NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
(ID : 2015152359)
Pada
minggu ini, saya telah mempelajari mengenai kesepaduan dalam
kepelbagaian di Malaysia. Perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah
sangat penting bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Masyarakat ialah satu kumpulan individu yang mempunyai hubungan yang
sangat lama terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, agama, Bahasa, dan
budaya. Ciri utama masyarakat ialah, masayarakat hidup berkelompok,
melahirkan kebudayaan, bersifat dinamik, perlu berinteraksi antara satu
sama lain, mempunyai kepimpinan dan terdapat kelas dalam masyarakat.
Budaya pula ialah satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu
mencakupi sistem sosial, organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. Budaya boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu budaya material (kebendaan) dan budaya
non-material (bukan kebendaan). Ciri budaya ialah boleh dipelajari,
boleh dikongsi bersama, bersifat universal, boleh diwarisi, bersifat
dinamis, mempunyai unsur simbolik, dan terdapat pandangan semesta.
Di
samping itu, pegangan atau kepercayaan individu adalah penting untuk
membina masyarakat yang harmoni. Jika tiada agama, masyarakat akan
menjadi rapuh. Unit asas bagi masyarakat ialah keluarga, manakala unit
asas bagi sebuah keluarga ialah ketua keluarga. Oleh itu, kita dapat
lihat bahawa unit asas bagi masyarakat ialah setiap individu yang berada
di dalam kelompok masyarakat itu sendiri, manakala unit asas bagi
individu pula adalah roh mereka. Hal ini demikian kerana, kehidupan
manusia telah bermula sejak di alam roh lagi. Ketika di alam roh,
manusia telah membuat satu perjanjian bersama Allah S.W.T. yang
dinamakan Perjanjian Asali dimana Allah telah mengambil kesaksian
terhadap semua roh bahawa Dia ialah Tuhan mereka agar pada hari kiamat
kelak, mereka tidak mengatakan bahawa mereka lengah dan menyalahkan
nenek moyang mereka.
Dengan itu, saya berazam untuk
mempelajari mengenai budaya dari etnik yang lain untuk lebih memahami
etnik-etnik yang terdapat di Malaysia supaya dapat menghormati budaya
yang diamalkan oleh etnik lain dan tidak berasa janggal apabila berada
di situasi tersebut. Selain itu, saya juga ingin memperbanyakkan amalan
ibadah kepada Allah S.W.T. untuk mempersiapkan diri menghadap-Nya kelak.
NUR LAILA BINTI MAT ISA
(ID : 2015139923)
Pada
hari ini saya telah mempelajari 5 alam iaitu roh, rahim, dunia, barzakh
dan akhirat dan setiap satu mempunyai rahsia dan kebaikan kepada kita.
Maka dengan itu saya berazam untuk lebih menghargai kehidupan dan juga
berbuat kebaikan untuk mendapat syafaat pada alam akhirat kelak.
NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN
(ID : 2015136315)
Pada
sesi pembelajaran yang lepas (20/9/2016), saya telah mempelajari
permulaan hidup manusia yang bermasyarakat telah bermula dari alam roh
lagi. Hal ini dapat dibuktikan dengan perjanjian asali antara roh
manusia dan Allah SWT yang dijelaskan dalam Surah Al-A’araf ayat
172-173.
Saya juga telah mempelajari kepentingan hidup
bermasyarakat memandangkan fitrah manusia sendiri yang sentiasa
memerlukan antara satu sama lain (sifat kebergantungan). Unit asas bagi
setiap masyarakat ialah keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu, dan
anak-anak. Manakala unit asas bagi setiap individu ialah roh.
Terdapat
5 alam yang bakal dilalui oleh setiap manusia. Ianya terdiri daripada
alam roh, alam Rahim, alam manusia, alam barzakh dan alam akhirat.
Setiap manusia dipertanggungjawabkan untuk mentauhidkan Allah SWT
sebagai menunaikan janji dalam perjanjian asali.
Saya
berazam untuk menunaikan janji yang telah dibuat oleh roh saya dalam
perjanjian asali dimana mentauhidkan Allah SWT. Saya juga berazam supaya
tidak tergolong dalam golongan yang menjawab tidak tahu atas apa yang
telah diperjanjikan dan menyalahkan orang lain akan kesalahan diri
sendiri.
NORIZZATI BINTI SAMURI
(ID:2015134603)
Pada
hari ini saya telah mempelajari bahawa manusia memerlukan agama untuk
perpaduan. Semua manusia tidak kira agama dan bangsa telah dipinjamkan
roh oleh Allah. Semasa di alam roh, kita telah membuat perjanjian asali
iaitu kita mengakui bahawa Allah adalah pencipta kita dan kita perlu
membuktikan persaksian kita kepada Allah semasa di dunia. Ini
menunjukkan bahawa kita sudah hidup bermasyarakat semenjak di alam roh.
Maka
dengan itu saya berazam untuk sentiasa memperbaiki diri menjadi hamba
Allah yang bertakwa dan menjaga hubungan yang baik sesama manusia.
Sebagai contoh, saling bertolak ansur, bersangka baik, tolong-menolong
dan menghormati antara satu sama lain demi perpaduan. Masyarakat yang
tidak beragama tidak akan mencapai perpaduan kerana akar kepada
perpaduan adalah agama.
No comments:
Post a Comment