Friday, 21 October 2016

REFLEKSI VIDEO



Dengan mengambil nilai daripada video ini, bagaimana anda ingin memanfaatkan pengetahuan terhadap perjanjian asali dalam kehidupan anda

NURASHIDAH BINTI ROSLI

Berdasarkan video ini, terdapat unsur positif dan unsur negatif. Unsur positif di antara ialah apabila seorang rakan membantu rakannya yang miskin dan tiada wang untuk membeli makanan. Walaupun dirinya bukan daripada golongan yang kaya, tetapi dia tetap membantu rakannya dan menjadi sahabat rapat akhirnya. Hal ini memberi kesedaran kepada saya bahawa setiap manusia itu telah bermasyarakat sejak alam roh lagi dengan ayat “Benar, kami bersaksi”. Kita perlu membantu dan membimbing rakan kita agar tidak terpesong daripada melakukan perkara negatif kerana setiap manusia saling bergantung antara satu sama lain. Unsur negatif yang kedua ialah perbuatan rasuah ayah kepada pihak polis yang dilihat oleh anaknya dan seorang kanak-kanak yang merasuah rakan-rakannya. 

Di sini ia mengajar saya cara pandangan terhadap orang yang melakukan kejahatan. Kita perlu melihat mereka dengan pandangan jiwa dan roh mereka bersih, mereka boleh berubah kerana fitrah mentauhidkan Allah dalam diri sudah aada dan mengajak mereka untuk berubah dan tidak sesekali sabotaj. Kita perlu mengajak mereka sama-sama melakukan kebaikan kerana di alam roh kita sama-sama berjanji di hadapan Allah. 

NORIZZATI BINTI SAMURI

Pengajaran yang saya perolehi daripada video ialah kita hendaklah menghormati orang lain dan tidak berdendam dengan orang yang pernah melakukan kesalahan kepada kita. Selain itu, kita janganlah memandang rendah terhadap orang lain.  

NADHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN


Berdasarkan video ini, saya melihat terdapat nilai positif yang boleh kita contohi dan nilai negatif yang boleh kita jadikan pengajaran. Antara nilai positif yang saya ingin kongsikan ialah tidak menyimpan dendam terhadap orang yang pernah berbuat salah kepada kita. Malahan, kita perlu memaafkan mereka dan berdoa agar Allah S.W.T memberikan mereka taufik dan hidayah untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang. Hal ini demikian kerana, tiada manusia sempurna di muka bumi ini dan sering melakukan kesilapan samada terhadap sesame manusia atau kepada Allah S.W.T. Sedangkan Allah yang tinggi darjat-Nya, sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya. Siapalah kita untuk menghukum sesama insan yang bersama-sama sedang berjuang untuk mendapat keredaan Allah S.W.T.

Seterusnya, nilai negatif yang saya peroleh dari video ini ialah sikap sombong diri. Walaupun kita mempunyai kuasa yang lebih tinggi, kita tidak seharusnya berasa angkuh dan sombong terhadap mereka yang berada di bawah. Hal ini demikian kerana, kehidupan ini ibarat roda. Kadang kita berada di atas, dan kadang kita berada di bawah. Oleh itu, kita hendaklah saling menghormati antara satu sama lain agar apabila kita jatuh, masih ada insan yang berhati mulia mahu membantu. Di muka bumi ini, tiada siapa yang lebih tinggi darjatnya melainkan Allah S.W.T. Semua manusia seharusnya berusaha untuk membuktikan kepada Sang Pencipta bahawa kita masih berpegang pada janji yang telah dibuat ketika masih di alam roh iaitu perjanjian asali.

SAKINAH BINTI ISHAK


           Pada hari ini saya telah mempelajari banyak pengajaran yang saya perolehi daripada video yang saya telah tonton. Antaranya ialah kita janganlah bersikap angkuh dan sombong dengan orang yang kurang daripada kita samada dalam bentuk harta, kepandaian, kecantikan, kesihatan dan sebagainya. Hal ini kerana semua yang dimiliki oleh kita bukanlah milik kita, ianya adalah milik Allah yang maha berkuasa. Hal ini demikian kerana apa yang Allah berikan kepada kita hanyalah sementara dan apa yang Allah berikan kepada kita adalah kerana Allah ingin melihat hambanya menggunakn nikmat yang ada samada digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya.

            Selain daripada itu, pengajaran yang saya dapati ialah kita sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah, walaupun kita miskin harta didunia  tetapi Allah akan berikan rezeki yang lain kerana setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing.Contonya orang kaya mempunyai kereta, rumah, syarikat tetapi mereka tidak mempunyai anak, mempunyai sakit, tidak bahagia dan sebagainya.Setiap apa yang Allah berikan ada maksud disebaliknya. Oleh itu, janganlah kita merasa Allah tidak adil kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya dan tidak melakukan keburukan dan kejahatan seperti merompak, meragut, berjudi dan sebagainya.

               Seterusnya, janganlah kita membalas dendam dengan orang yang telah berbuat jahat dengan kita kerana hidup didunia ini hanyalah sekejap dan sementara untuk berbuat jahat. Kita hidup di dunia ini untuk menjadi khalifah dan menghadapi segala ujian Allah dengan redha untuk masuk kesyurga yang maha Esa. Walaupun mereka berbuat jahat dengan kita, kita janganlah melenting sebaliknya balaslah dengan kebaikan, dengan ini mereka akan secara perlahan-lahan akan berubah kepada kebaikan dan akhirnya secara tidak langsung kita telah membawa mereka bersama-sama dengan kita menuju kesyurga. 

                 Akhir sekali, pengajaran yang saya dapat melalui video yang telah ditonton ialah, kita hendaklah tolong menolong antara satu dengan yang lain. Hal ini akan merapatkan hubungan sesama manusia dan seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan sesama manusia dan hidup kita bermasyarakat akan kebih harmoni. Hal ini kerana manusia saling memerlukan antara satu dengan yang lain untuk membina kejayaan didunia dan diakhirat.

                  Maka dengan itu saya berazam untuk tidak memandang rendah terhadap semua makhluk di muka bumi ini kerana apa yang saya miliki bukanlah hak saya yang mutlak dan memperbanyakkan bersedekah kepada yang memerlukan dan sentiasa mencuba untuk memaafkan orang lain agar hati sentiasa tenang dan diredhai oleh Allah.

NURUL AFIFAH BINTI NOR AZIZAN

 

Seterusnya, melalui video yang dipertontonkan, saya mendapat pengajaran bahawa tidak mengira status sosial dan kewangan, setiap individu perlulah mengamalkan sikap bertimbang rasa dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Setiap individu dalam masyarakat mempunyai hubung kait dan memerlukan antara satu sama lain bagi memastikan kelangsungan masyaarakat.  Duit bukan penyelesaian masalah. Ianya hanya bersifat sementara. 

NUR LAILA BINTI MD ISA

pengajaran yang saya dapat daripada video ini ialah kita hendaklah menunjukkan contoh yang terbaik untuk masyarakat. selain itu,kita hendaklah menolong msyarakat yang susah kerana kita telah bermasyarakat sejak zaman roh lagi.

 

No comments:

Post a Comment