Friday, 21 October 2016

BUKTI KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK



5 bukti yang menunjukkan keharmonian masyarakat majmuk dalam zaman kesultanan Melayu Melaka.

11.     Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan jawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik. Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.

22.  Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka.

33. Menjalankan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam..

44.Keterbukaan pemerintahan empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang dari seluruh pelosok dunia tanpa syarat menjadikan Melaka sebuah negeri yang sangat maju dan berkembang sebagai sebuah pelabuhan terpenting di dunia.

55.Para pedagang tidak memerlukan passport dan visa sebagai pengenalan diri semasa berdagang.

No comments:

Post a Comment