Kronologi Kearah Kemerdekaan bermula dari tahun 1945
1945 Britain kembali memerintah Malaya selepas
pendudukan Jepun berakhir.
10 Oktober 1945 Rancangan Malayan
Union (Rancangan Kesatuan Tanah Melayu) diumumkan secara rasmi di Parlimen
British. Malayan Union digubal dengan tujuan untuk mewujudkan satu sistem
politik dan kerajaan bercorak “Kesatuan”. Kerajaan
British berhasrat untuk ubah taraf Negeri‐Negeri Melayu
daripada negeri‐negeri yang bernaung di bawah tanah jajahan British.
Rancangan Malayan Union merupakan satu peristiwa yang sangat
penting dalam sejarah negara Malaysia kerana ia menghidupkan dan menyemarakkan
semangat nasionalisme orang Melayu .Ia juga merupakan titik
permulaan perpaduan orang‐orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu.
28 Disember 1945 Ketidakpuasan masyarakat Melayu
terhadap Malayan Union. Perhimpunan raksaksa dihadiri oleh 10,000 rakyat Tanah
Melayu yang membawa sepanduk anti‐Malayan Union.
11 Mei 1946 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(PEKEMBAR) atau lebih dikenali sebagai UMNO ditubuhkan dibawah pimpinan Dato’
Onn Jaafar.
Tujuan penubuhan UMNO
·
Untuk menyatukan orang‐orang
Melayu bagi menentang Malayan Union.
·
Memelihara
hak dan kepentingan orang‐orang Melayu dan kedaulatan Raja‐Raja
Melayu.
·
Memperjuangkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
8 Ogos 1946 Kongres
India Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan.
7 Disember 1946
Setiausaha Tanah Jajahan British mengumumkan bahawa Malayan Union akan
dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Negeri‐ Negeri Melayu.
21 Januari 1948 Malayan Union dibubarkan.UMNO
berjaya menggagalkan rancangan Malayan Union.UMNO seterusnya membantu pihak
British menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
dengan rasminya bagi menggantikan Malayan Union.
23 Jun 1948 Darurat diisytiharkan di seluruh
Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.
27 Februari 1949 MCA (Persatuan Cina Malaya)
ditubuhkan.
1950 Rancangan Briggs diperkenalkan.
(satu rancangan penempatan semula setinggan yang tinggal di pinggir hutan
dengan tujuan untuk memutuskan bekalan makanan kepada pengganas komunis dan
melumpuhkan kegiatan mereka).
Januari 1952 Parti Perikatan ditubuhkan.
Dianggotai oleh dua buah parti terbesar di Tanah Melayu iaitu UMNO dan MCA.
Perikatan dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur
pada Februari 1952.
1955 Parti MIC menyertai Parti Perikatan.
Objektif utama Parti Perikatan:
·
menamatkan keadaan darurat
·
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
·
memenangi Pilihan Raya Umum 1955.
27 Julai 1955 Pilihanraya Umum yang pertama bagi
Persekutuan Tanah Melayu.Parti
Perikatan (terdiri daripada Parti UMNO, MCA & MIC) mencapai
kemenangan majoriti menang 51 kerusi daripada jumlah 52 buah kerusi yang dipertandingkan.Parti
Perikatan membentuk sebuah kerajaan diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.
Dalam kempen pilihan raya umum 1955, Parti Perikatan telah mengemukakan satu
dasar politik iaitu: kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mesti diperolehi dalam
tempoh empat tahun. Namum demikian, dalam tempoh dua tahun Persekutuan Tanah
Melayu telah mencapai kemerdekaan!
Januari 1956 Rundingan Kemerdekaan di London.
Satu rombongan diwakili oleh pemimpin‐pemimpin Parti Perikatan dan wakil
Raja‐Raja Melayu berangkat ke London.Matlamat utama delegasi ialah
merundingkan kemerdekaan PTM dengan Kerajaan British.
8 Februari 1956 Perjanjian Merdeka
ditandatangani.
Kerajaan British
bersetuju memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
dengan syarat:
Parti Perikatan
tidak akan mengambil alih harta benda atau perniagaan British di Tanah Melayu.
Rakyat
British hendaklah diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi di PTM.
Pangkalan
Tentera British di PTM dikekalkan supaya British dapat melindungi negara ini
dan menjaga kepentingan mereka di kawasan serantau.
Sebagai persiapan bagi mencapai
kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu mesti mempunyai sebuah
perlembagaan Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan oleh Lord Reid, dilantik
untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
20 Februari 1956 Pengisytiharaan tarikh
kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di satu perhimpunan raksaksa di
Padang Pahlawan Bandar Hilir, Melaka.
Februari 1957 Suruhanjaya Reid mengumumkan
laporan atau Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk perbincangan
umum.
31 Ogos 1957 Pada jam 12.00 tengah malam,
bendera Kerajaan British (“Union Jack”) diturunkan di Padang Kelab Selangor
(Dataran Merdeka) di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Bendera
Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dengan rasminya.
Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Dokumen‐dokumen
pengisytiharaan merdeka disampaikan kepada Perdana Menteri PTM Tunku Abdul
Rahman Putra oleh wakil Queen Elizabeth, Ratu British.
Oleh itu,dapat disimpulkan bahawa tanah melayu diberi kemerdekaan lebih
awal kerana dapat membuktikan perpaduan kaum dalam politik melalui
pilihan raya terutama pilihan raya pada 1955 dan British ingin menyekat
kuasa Komunis dari Tanah Melayu.